War!
Posted: October 2, 2013 by si blogger kerek inAku belum puas untuk tamatkan sengketa kita
kalau geli, jangan baca
Aku belum puas untuk tamatkan sengketa kita
Apa yang aku punya sebenarnya hanyalah habuk. Habuk-habuk yang tiada nilai. Dari zaman lahir hingga sekarang tiada lain yang aku ada. Hanya habuk.
Aku ukur pencapaian orang-orang di sekeliling aku. Mereka punya banyak macam-macam. Mereka punya family lengkap. Mereka punya tiket kertas warna-warni yang punya kuasa bawa mereka mana-mana. Mereka punya segala yang aku tak ada. Mereka teroka segala yang ada di luar dan aku sentiasa leka dengan realiti hidup aku sendiri.
Terlalu leka dengan hidup sendiri dan tiba-tiba hari ini aku rasa yang aku seperti loser sebab tak ada macam-macam yang mereka ada. Habuk adalah.
Kalau tuhan bagi aku ubah hidup. Memang aku tidak akan mula dari sifar. Aku akan pilih untuk tidak di sini. Tidak di dunia.
Susah nak hidup sendiri
Walau macam mana pun
Mesti ada terlintas dalam hati
'Bahagia kalau ada yang kongsi luka, kongsi senyum'
Tapi janganlah sampai makan diri
Terlalu teringin mencari orang untuk kongsi suka duka
Tu namanya kita pentingkan diri
Seakan mencari mangsa yang sesuai untuk kita hamburkan segala kisah
Kita pun manusia
Tentu-tentu tak suka rasa di guna-gunakan.
Ada masa kita rasa sendiri
Ada masa kita syok sendiri
Ada masa kita suka-suka nak kongsi.
Dia: I need key for room 714
Aku: Could you reconfirm me the registered name for room 714?
Dia: Adam
Aku: Very well. This your key sir
Dia: What if im not the real Adam? I might be someone else who took this Adam wallet and pretend to be Adam.
Aku: I did verified 714 registered name.
Dia: but What if im not Adam?
Aku: Well, are you Adam?
Dia: haha
Aku: gila si botak ni.
Galau:- perasaan sedih,merajuk,jauh hati yang amat sangat.
Mungkin itu yang aku rasa sekarang. Bukan!! Memang itu yang aku rasa sekarang. Sangat berjauh hati. Merajuk.
Masa tak punya sesiapa, baru teringat pencarut terulung. Kekasih lama. Sayang aku yang dari awal sentiasa ada. Aku memang punya banyak masa. Tapi banyak masa itu aku habiskan melihat jendela dan menconteng paru paru dengan marlboro.
Hello December. Here we go again.
nafas aku berbau dendam
dari tahun dulu-dulu hingga sekarang
aku hanya jumpa dia
dari tamat sekolah hingga dewasa
dia selalu ada aku.
tapi sekarang aku mula penat
aku penat untuk mengajar kamu bertatih lagi
aku penat untuk beritahu tentang pengajaran kehidupan.
aku tahu aku dan kamu punya banyak waktu
tapi sabar aku ada hadnya
kerana penat itu sememangnya meletihkan.
tahun pertama hingga tahun ke empat.
aku tak pernah mintak apa-apa
tapi kau yang menjanjikan semua
tahun ke lima apa yang kau janji semuanya jadi mimpi sahaja
dan tahun ke enam aku hanya mampu melihat kau menjadi entahlah siapa
segala sifat kau, aku terima.
tapi cukuplah dengan semua janji tu.
aku sebenarnya tak perlukan janji itu untuk di tepati
aku sedih mengenang janji itu yang sekian lama di tanam seakan menjadi harapan untuk aku
dan bila harapan makin menjauh aku hanya mampu bercakap "it sucks"
dengan itu aku berundur.
aku akan teruskan semua yang aku juangkan segala yang aku rancang sebelum tahun pertama kita menjadi satu.
kini masa aku untuk aku
apa yang kau belanjakan untuk aku, harap engkau redha menganggap ia satu kerugian.
dan apa yang aku belanjakan untuk kau, aku anggap ia satu pelaburan yang tidak menguntungkan
main2 bahasa tapi makna sama gak. hahaha
why we are still together even there is no love:
1) because he is a familiar face
2) because we know their weaknesses and he know ours.
3) its easier to have him as a back up plan in case the dream guy is a nightmare
4) .............. we call him when there is no one else to call to share the bad day.
5) ... maybe he will change one day. he will be the hero. there is a reason why we met him. just have to stick togeher.
p/s kenapa kena selalu jadi positive. why are we so generous towards him? why do we have to act tough?
agak susah nak terjemahkan kata hati
bukan semua nya boleh dibicara
perangai yang satu ini yakni menjaga hati
memang sentiasa membuat mulut aku menjadi umpama batu
menjaga hati bermaksud aku tidak perlu mencari musuh
menjaga hati membawa bahagia kepada mereka yang tertentu
menjaga hati memberi kelegaan kepada diri aku sendiri tanpa susah-susah
menjaga hati kadang kala buat aku menipu mereka yang rapat supaya sentiasa bersama aku
tapi ada juga masa aku mahu diam sahaja
malas mahu menjaga hati
dan masa itu jugalah aku yang susah hati
aku agak malas untuk mengeluh
maka aku tabahkan hati
hidup seindah The Sims
hidup sekelam The Sims
ada baiknya jika hidup ini di atur
sentiasa tahu apa tujuan
tak perlu sesak memikirkan seribu soalan
ada baiknya punya nafsu untuk teroka dunia
mampu guna segala daya
dan segalanya adalah terindah bila ia menjadi memori
bosan, penat, buntu, hanyut
malas aku nak merasa semua rasa ini setiap hari
tapi setiap gembira yang munculnya walau sesaat
mampu membersihkan debu yang bertinggung di hati
tipulah jika tiada perasaan mahu lari
tipulah jika tiada perasaan bila mau mati
tipulah jika aku katakan aku sudah ready
apa yang aku katakan belum tentu itu yang aku mahukan
apa yang aku mahukan sememangnya hanyalah keluh kesah bila aku menyendiri
maka ke tikar sejadah aku melangkah
moga di tunjukkan jalan
sekarang aku semakin tertunduk
tertunduk kerana aku semakin parah
melihat segala perubahan yang tidak aku dapat jangka arah
atau itu tandanya aku pasrah?
punah, segalanya semakin punah
apabila hari semakin meninggalkan diri
dan aku semakin tidak keruan
ingin sahaja sembunyikan diri
segala penat,
segala resah hati,
segala kecewa
semuanya ingin aku luahkan dengan satu jeritan
tapi di mana rasionalnya, mungkin hilangkah rasa-rasa itu begitu saja
teringin juga aku menangis. supaya keluh kesah yang menjadi air mata mampu
buat aku melihat ke mana arah tuju.
katakan dengan jelas.
supaya aku menjadi fasih dengan bahasa kamu
aku terima kamu seadanya jika kamu menampakkan diri kamu yang aku kenal tak lama dulu
tidak, mungkin aku tidak mahu kamu yang dulu
mungkin aku mahu kamu yang baharu
tapi mungkin tidak,
mungkin aku tidak mahu kamu yang baharu
mungkin aku sendiri tak mengerti apa mahu aku
maka yakin kan aku
pupuk percaya aku
sahut kata-kata ku
jadikan kita seperti kita yang dulu atau mungkin yang baharu
aku tak kisah semua itu
janji aku dengan kamu
setiap saat aku pujuk supaya tak rindukan kamu
tipu... setiap saat pun aku mahu ada rindu
setiap malam aku harap sendu ini akan berakhir
tipu... setiap malam aku senang mengingati kisah lalu
sebenarnya,
setiap hari aku mencuri masa untuk ingat masa lalu
supaya mudah untuk aku berasa sediki selesa di dunia
semakin dekat kamu dengan pencipta-Mu
semakin jauh kamu dengan aku
semakin aku menikmati hidup
rupanya engkau menanti hari pemergianmu
aku tahu tiada kuasa untuk aku halang apa yang berlaku
dan oleh itu biarkan lah aku mengenang
biar kau tahu saat bersama kamu tidak pernah terhapus
dan perpisahan itu sebenarnya tidak berlaku,
kita hanya berjauhan, itu gambaran yang lebih senang.