i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry
Posted:
March 22, 2011
by si blogger kerek in
i wish i can help her :(
or can anyone help me to help myself?
she is one of my subscription in youtube. i've been following her for a while and i never thought this could happen.
Posted:
March 17, 2011
by si blogger kerek in
bila dia di rumah lain
bila dia di luar lain.
aku naik pening
otak aku lagi naik hairan.
bila bertegur seperti masa lalu
di cop kurang ajar
bila diam seribu bahasa
katanya aku buat seperti dia tidak pernah ada
jadi bagaimana untuk aku hentikan bebelan dalam hati yang terpinga-pinga memikir soal pelik ini?
bila aku buat benda baik, dia tak amik endah.
bila aku balik lambat, protest pula tak mahu jawab sms.
sungguh, ini bukan cara hidup kita dulu-dulu.
semua manusia berubah. tapi sekarang siapa engkau, aku pun tak pasti.
kau kata kau berbelah bagi.
jadi bagaimana dengan aku?
lepaskan aku, biar aku buat silap, biar aku salah arah, biar aku rasa semuanya sekarang
biar penuh dada aku ini dengan asam garam kehidupan yang mereka suka laung-laungkan.
bila engkau tidak berbelah lagi
kembalilah menjadi diri sendiri
Posted:
February 22, 2011
by si blogger kerek in
semuanya tak pernah yang betul di depan mata sekarang
awan dan langit yang sentiasa menjadi teman pun di rasakan seperti musuh dalam diri
berdiam salah cara
bercakap tak kena cara
entah apa lagi yang patut dibuat untuk senyapkan amarah setan-setan dalam hati
bila mula mahu marah,
maka langkah kiri aku mulakan keluar dari rumah
aku tinggalkan semua di rumah terpinga-pinga melihat aku memberontak
waktu ini aku hanya mahu protest
aku mahu menjawab setiap pertanyaan dan juga pernyataan
tapi yang paling aku suka ialah menjawab pernyataan yang mampu buat aku rasa gembira bila semua meraka mula naik marah
dan sebenarnya di malam hari, aku tahu yang aku hanya mahukan perhatian dari mereka di sebalik cara kasar.
Posted:
January 30, 2011
by si blogger kerek in
kids question : is this love when he pressed his hand on my breast
me answer : no kids. that is just men.
hahaha. ain't it funny? no?? oh well, i tried
Posted:
January 27, 2011
by si blogger kerek in
i love when we are at parties and you holding my hands
i love when you hug me and you say you're sorry
i know im in love when im able to make you do silly things. just because
and i love watching your eyes when you're smilling
i love it more when i know i can wipe your tears and share the feelings
and i know im in love when u cry, i cry
i love talking to you on the phone and falling asleep without knowing
and so in love when you still there on the other line wishing me good night with a flying kiss
silly ali.i found me self head over hells in love with you.
haha. he might not feel the same way.
but i still waiting for ali. will ali still be there? where i left him?
who cares weh. balik dulu baru tau
i just had internal verbal communication with my self. tq.
Posted:
January 24, 2011
by si blogger kerek in
I am a question to the world,
Not an answer to be heard.
All a moment that's held in your arms.
And what do you think you'd ever say?
I won't listen anyway…
You don't know me,
And I’ll never be what you want me to be.
And what do you think you'd understand?
I'm a boy, no, I'm a man..
You can take me and throw me away.
And how can you learn what's never shown?
Yeah, you stand here on your own.
They don't know me 'cause I'm not here.
And I want a moment to be real,
Wanna touch things I don't feel,
Wanna hold on and feel I belong.
And how can the world want me to change,
They’re the ones that stay the same.
The don’t know me,
'Cause I’m not here.
And you see the things they never see
All you wanted, I could be
Now you know me, and I'm not afraid
And I wanna tell you who I am
Can you help me be a man?
They can break me
As long as I know who I am
They can’t tell me who to be,
‘Cause I’m not what they see.
And the world is still sleepin’,
While I keep on dreamin’ for me.
And their words are just whispers
And lies that I’ll never believe.
I dont own this
Im still here ( Johnny Rzeznik, Treasure Planet Soundtrack)
Posted:
January 14, 2011
by si blogger kerek in
Cerita 1
belum penah hujan di luar jendela itu melemahkan aku
namun kali ini, setiap titisnya mampu membuat minda aku di awang-awangan
setiap tahun tak pernah terputus doa
dan kali ini, semuanya hilang kerana satu musibah
Cerita 2
bala? bala kah yang aku bawa selama ini
kenapa tak katakan dari dulu aku ini pembawa bala
baru teringin aku mulakan hidup baru
dan tiba-tiba terbeban bahu aku bila di katakan aku pembawa bala
bala...
aku mungkin tak seperti mimpi-mimpi indah kau
tapi aku mahu buat semuanya indah untuk kau
dan jika bala yang kau nampak aku galas
mengertilah aku
aku lah bala buatmu
jangalah risau perasaan aku yang bukan batu ini
jika bala kata kamu, maka aku lah bala itu
tak mampu aku ingkari kau
dan semua tahu kata-kata itu satu doa
dan jika bala kata kamu, maka aku lah bala itu.
Posted:
by si blogger kerek in
saya ada kat tempat biasa
yang macam awak selalu nampak
dan saya pun terbiasa tengok awak
sebab awak ada kat tempat biasa
tapi hari ni semua luar biasa
sebab awak kata, awak nak kurangkan yang terbiasa
salah saya ke? saya tanya
silap saya. awak kata
tak banyak soal saya ikutkan saje
walaupun saya tak biasa request awak kali ni
hari ni, saya ada kat tempat biasa
tempat yang saya selesa tu
tapi hari ni saya tak biasa
sebab awak buat saya macam saya tak patut wujud dalam dunia awak
saya ada kat tempat biasa
cuma hari ni saya tak biasa
Posted:
January 13, 2011
by si blogger kerek in
jika anda menelefon seseorang itu dan sentiasa panggilan anda diterajang ke dalam voicemail. maka, anda tak patut untuk marah. kerana kemungkinan besar orang yang anda mahu hubungi itu di sumpah menjadi voice mail. kisah benar.
Posted:
January 12, 2011
by si blogger kerek in
dari katil dalam bilik ke sofa di ruang tamu. dari sofa di ruang tamu ke kerusi di beranda. dari kerusi di beranda ke tingkap dapur. dari tingkap dapur ke screen handphone. tak sedap berperasaan sebegini. mati segala perasaan untuk berbaring enak di atas sofa. terlampau dan melampau banyak soalan untuk diri sendiri yang sememangnya tidak terjawab kerana semua soalan melibatkan manusia yang tidak berada di depan mata. selamatkah dia melintas jalan? lelahkah dia bersesak-sesak di dalam keramaian? pastikah dia jalan ke mari? jika apa-apa jadi, tahukah orang lain yang aku wujud dan sedang menanti dia? tidak sepatutnya dia selambat begini. jika benar dia sihat-sihat saja, bawa dia ke mari dalam kelajuan cahaya. agar tenang dada aku menyedut udara.
nampak tersusun langkah aku ke beranda, tapi tuhan tau betapa jantung aku seperti belumba mencari garisan penamat. aku meneliti setiap kenderaan dari jauh. aku bukan serupa superman tapi aku mampu melihat kelibat manusia di dalam kereta, di atas bus, di atas motor. aku hanya mahu menjumpakan satu susuk tubuh yang aku tunggu. dan aku masih tidak menemukannya lagi.
berdoa kepada tuhan? perlukah aku berdoa kepada sang tuhan pada saat-saat genting bagi aku? sedangkan pada hal yang lain, aku kononnya kuat melangsaikan segala masalah. aku manusia, hamba-NYA. memang patut aku berminta-minta. tapi perasaan segan muncul. kerana doa yang akan ku pohon ini untuk seorang lelaki. yang bukan muhrim. patutkah aku teruskan? adakah ini definasi zalim? meletakkan sesuatu yang tidak kene pada tempatnya?
Posted:
January 10, 2011
by si blogger kerek in
do you know how to play snake on youtube video? cause i know :D
i know im lame. n im out of material.
Posted:
by si blogger kerek in
camne ntah nak jadi diri sendiri
sume pun sebok kate 'yang penting jadi diri sendiri'
yes, i do know my name
but hell no i dont know how to communicate, respond bile ade mammals lain bergelar manusia ade dalam satu ruang dengan aku
i act nice to people because i know peoples like nice people. haha paham x? kuikuikui.
conclusion, i failed when i have to be myself.
Posted:
January 6, 2011
by si blogger kerek in
setiap satu yang terjadual dengan kehendak kita
bukan semua terencana sebaiknya
bila mana yang di mimpi tersasar
terjatuhlah bahu
tertunduk kita mencari serpihan semangat
dan tangan tak perlu mata untuk melihat di mana jatuhnya titisan sedih yang perlu diseka
life is ok. but situation is complicated.
baby come home C.S
Posted:
January 5, 2011
by si blogger kerek in
just because u on my facebook, doesn't mean u know my whole life story
p/s slalu sgt rase nak close account. tapi xclose2 gak. wtw.
Posted:
January 1, 2011
by si blogger kerek in
teratur langkah seiring saat-saat yang meninggalkan
teraturkah untuk 363 hari akan datang?
dari awal tahun hingga ke hujungnya
terlalu banyak impian yang hanya menjadi hiasan januari
semua hanya sedar usia yang semakin melewat
dan bukan kiamat yang menghampiri
sedarlah kamu wahai diri
dunia sekarang tidak selamat lagi
silalah berbuat baik seikhlasnya
patuh pada yang wajib
dan yang kejam jangan di bawa masuk ke dalam niat hati