i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry
Showing posts with label raw. Show all posts
Showing posts with label raw. Show all posts

salji lutsinar d atas pipi

Posted: April 25, 2010 by si blogger kerek in Labels:
0

hati aku tak serangup dulu
semuanya kini aku rasa lemau
puas aku sodokkan dengan semua aura gembira
dan bila si bulan mula mahu dodoikan
hati pula semakin aktif
mencari kenapa rasa kosong dalam hati

semua jerit, maki, nasihat
kata hanya sendiri paham siapa diri
tapi bukan aku
kalau aku kenal siapa budak yang mula kering hati ini
sudah aku temukan satu figura aura yang mampu aku tampal dalam hati

tuhan, pelihara aku
dari terus rasa begini.
sebagai umat memang aku selalu berminta
jangan bersoal tentang itu!
tapi jangan biarkan hati aku aktif
dengan soalan yang peningnya hingga buat aku terlena bersama salji lutsinar di atas pipi

dinding empat penjuru

Posted: April 16, 2010 by si blogger kerek in Labels:
0

aku harapkan

dinding empat penjuru itu
mampu tempatkan rasa bosan, amarah, geram, sedih aku
sekaligus mampu menjadi tempat aku
berbaring, bermalas, bersila, bernyanyi, berjoget
tanpa perlu rasa kurang enak dalam kalbu untuk sesiapa

aku sanggup berada di pelukan dinding empat penjuru
selama mungkin
mungkin hingga ke akhir hayat

tapi kerana terciptanya sang pintu
semua angan mahu jadi diri sendiri
musnah sama sekali
semua mereka masuk sesuka hati melalui sang pintu
hingga aku tak rasa selamat bersama dinding empat penjuru

aku mahu jadi aku. aku tak perlu banyak ruang untuk jadi aku
aku hanya mahu dinding-dinding ini bersama aku
aku tak mintak hati sesiapa
aku hanya mahu dinding empat penjuru
aku tak mintak sesiapa menadahkan telinga
dinding empat penjuru yang aku mahu

kepada dinding empat penjuru
i miss you
n i miss to be me

mati rasa

Posted: April 4, 2010 by si blogger kerek in Labels:
0

kadang dia termenung
termenung bukan memikir masa depan
menung memikirkan apa yang patut di fikirkan
longlai nafsu untuk berbuat apa-apa
lesu otak untuk lihat kelibat imaginasi
letih naluri untuk membebankan rasa hati

berlari-lari rohnya entah ke mana-mana
membiarkan jasadnya hanya termenung
keinginan dia yang dulu membuak-buak
semuanya mati

dia biarkan kakinya berasmara dengan butir pasir
mungkin akan jumpa emas dan masa itu mungkin akan dia mula berhenti termenung
kali ini ternganga

kaki aku cantek..kaki ko?

Posted: March 27, 2010 by si blogger kerek in Labels:
3

Teruslah berlari wahai kaki
Jangan berhenti
Jangan perlahan
Teruskan selagi kau tidak nampak garisan kebahagiaan

Jangan mengeluh sekarang wahai kaki
Jangan bazirkan masa untuk mengeluh
Jangan buang tenaga untuk mengeluh
Bila jumpa bahagia itu, kau boleh berehat selama mana kau suka

Tapi sekarang, teruskan berlari
Jangan berdecit kerana berpeluh sakan

Buat masa sekarang, teruskan berlari
Jangan peduli hal yang nampak curang warna bahagianya

Kuatkan semangat wahai kaki
Akan kita tiba juga di garisan kebahagiaan
Mungkin bukan hari ini,
Tapi aku pasti kita semakin hampir

Jangan risau tentang aku wahai kaki
Aku kuat selagi kau ada temani aku berlari

cewahhh.. esok2 nak tulis pasal perut pulak. hahaha

h.a.k.u

Posted: March 25, 2010 by si blogger kerek in Labels:
2

aku tak sombong
aku cuma berat mulut
aku cuma segan
aku cuma rasa kita tak setaraf
jadinya aku diam

aku pura pura sibuk
aku pura pura tak amik tahu
aku pura pura tak amik kisah
tapi aku sebenarnya lihat dan dengar dari jauh

aku tak kisah orang mengumpat
aku tak kisah orang berperasangka
aku tak kisah orang membuta tuli mengata dengan imaginasi
aku tau aku tak sempurna di semua mata

aku tak penat sendiri
aku tak pernah sendiri
aku tak takut bersendiri
sebab aku tau tuhan sayang dengan aku
sebab itu wujud kawan-kawan [dan kadang2 skandal teeheee :D ]

aku try tuk bercakap ngan orang2. tapi aku tak tau ar nape ar aku cam tak de skill tuk becakap dengan relax, becakap dgn normal, becakap tanpa ade rasa awkward. arghhh.... bila la lack of confident, pemalu, penyegan ni nak hilang. hadoi!

biasa terbiasa

Posted: February 28, 2010 by si blogger kerek in Labels:
3

saya ada kat tempat biasa
yang macam awak selalu nampak

dan saya pun terbiasa tengok awak 
sebab awak ada kat tempat biasa

tapi hari ni semua luar biasa
sebab awak kata, awak nak kurangkan yang terbiasa

'salah saya ke?' saya tanya
'silap saya' awak kata

tak banyak soal saya ikutkan saje
sebab saya tak biasa request awak kali ni

tapi saya ada kat tempat biasa
tempat yang saya selesa tu
tapi hari ni saya tak biasa 
sebab awak buat saya macam saya tak patut wujud dalam dunia awak

bila la ko nak membesar ni neynay...cepat2 la brubah jadi lebih sriyes.. jgn men2. sebab suke maen2 la sume orang ingat aku tak pernah sriyes. sebab tu sume orang angkat kaki. xpe la. at least aku jadi diri aku, dari hipokrit.