jauh bukan berpisah
Posted: December 24, 2011 by si blogger kerek insetiap saat aku pujuk supaya tak rindukan kamu
tipu... setiap saat pun aku mahu ada rindu
setiap malam aku harap sendu ini akan berakhir
tipu... setiap malam aku senang mengingati kisah lalu
sebenarnya,
setiap hari aku mencuri masa untuk ingat masa lalu
supaya mudah untuk aku berasa sediki selesa di dunia
semakin dekat kamu dengan pencipta-Mu
semakin jauh kamu dengan aku
semakin aku menikmati hidup
rupanya engkau menanti hari pemergianmu
aku tahu tiada kuasa untuk aku halang apa yang berlaku
dan oleh itu biarkan lah aku mengenang
biar kau tahu saat bersama kamu tidak pernah terhapus
dan perpisahan itu sebenarnya tidak berlaku,
kita hanya berjauhan, itu gambaran yang lebih senang.