i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

rambang mata

Posted: January 29, 2010 by si blogger kerek in
7

pening betul nak paham bahasa hati.
pening lagi bila sang otak mula nak mencarut sekali
dan malang nasib si badan yang terdiam sebab terkeliru
nak mendengar yang mana satu

bukan susah pun sebenarnya untuk buat pilihan
pilih aja yang mana berkenan di mata
bak kate mereka dari mata jatuh ke hati
tapi itu untuk mereka yang kuat hati

dan aku perlukan sang otak
untuk tekadkan setiap pilihan untuk tiada kekesalan
dan mulalah otak menjadi penyelidik mencari kekurangan dan kelebihan

susahlah macam ni
semuanya nampak tiada cacat cela
nak pilih ikut warna, semuanya memang tepat dengan mata
nak pilih ikut size? memang mantap di lengan, memang sedap d pinggang
nak ukur poket lihat tebal duit? dari awal lagi aku dah siap akaun kira-kira.

dan akhirnya
aku sebat semua baju-baju dalam sale tu
settle! 

hahaha. ya ampun, sejak bila aku jadi seorang pembelanje ni?!! tapi baru beli 2 helai baju je. ape ade hal. kalau nak di ikutkan ati aku yang kering kontang ni, banyak mana duit aku sedekah kat kedai-kedai, blm tentu ati aku normal macam kali terakhir aku duk dalam LRT. terbanglah kau duit.... aku hanye perlu kau untuk teman aku sementara waktu

ye aku suke

Posted: January 28, 2010 by si blogger kerek in
2

maaplah mr.bayam
bukan suka suki nak rasa cam ni
tapi die terdatang sendiri
aku melayankan aje bersama jari hantu tegak berdiri!

bukan aku malu nak mengaku aku suka kau lagi
tapi aku ingat semua ni bakal mati satu hari nanti
tapi!
datang lagi bau-bau popcorn ala-ala dating first time dalam wayang

eish bodo la rasa ni.
tapi aku suka lagi la dengan kau ni
jadi marilah kite berstatuskan 'it's complicated with Mr. Bayam' di eF Bi

ya! dan mungkin muma akan menjerit
dan angah akan menjerit
oh lupe. die sudah pun menjerit bersama sulaman maki.

sori ye
bukan sengaje mencipta kemarahan kau yang kata aku tak sedar diri
tapi aku sendiri pening dengan semua orang
yang kaum kerabat cakap itu
yang para sahabat cakap ini


hai la, yang patah tumbuh hilang beganti. tapi ni yang patah becantum balik, ape kes?! tak sempat nak enjoy lelama sebagai single. pergh, haramm ayat!

baby daddy n mommy

Posted: January 22, 2010 by si blogger kerek in
3





credit to trendwedding.blogspot.com

Baby cries when mommy slammed the door. Baby cries because mommy never leaves the house without her. Baby cries seeing daddy didn’t come home early like he used to be. Baby cries when she didn’t spend anymore weekend together with her mom and dad. Baby cries in wondering how three minutes fight can left so much different. How fragile family can be when everyone knows family is the root of everything which synonyms with strength and love.

It shouldn’t be this way. Mommy loves daddy for his good and bad. Daddy loves to spend hours and hours doing nothing when he got a family that needed his care. Mommy doesn’t want any rowed but daddy couldn’t care more. Daddy so tired back from work and decides to do nothing. Mommy got back from work and has to do everything.

Mommy called daddy when he still didn’t come home from work. Daddy didn’t pick up the phone and left mommy worrying. Mommy cries thinking the worst think that could happen. Instead, daddy actually has his dinner at the near restaurant. This left all the food on the stove cold. And bring the baby sleep on the couch waiting who will bring her to bed.

aku sangat terrible untuk memujuk orang yg dalam sedih. aku xpndai nk buat ayat sedapkan ati. aku tak pndai wat ayat senangkan ati. lagi2 pasal relationship. shud i sadap? nampak cam tak nak amik tau. shud i ask bout this row? nampak mcm bz body ke? 

si 24 ni menyebok lah!!

Posted: January 17, 2010 by si blogger kerek in
5

hey kau si 86
dah jauh kau berjalan dan berlari.
sedih betul tinggalkan si 23 di belakang
yang si 24 ini kau buat tak endah

hey kau si 86
hidup kau sekarang bermakna apa?
diploma saja yang kau genggam waktu bersama si 20
kemudian dengan 21 dan 22 kau bersuka ria.
yang si 24 depan mata sekarang terus buat kau jadi batu.

si 23 tu tak hebat manalah
si 23 tu penuh dengan liku dan otak pulak penuh dengan kupas-kupas bawang yang cuba merungkai makna keliru

si 22 tu tak mungkin datang lagi
biar je lah si 22 itu berlalu. tak perlu kecoh-kecoh yang kau pernah menjadi si 22

si 21 tu dah jauh sangat
jadi tak mungkin banyak yang kau ingat lagi. mase itu kau dengan gaji pertama bersorak bagai mandi dengan air panas. itu bukan bersoraklah! itu sakit!

dan si 24 ialah yang perlu kau hadap
sila ingat kau tahun ni berkahwin, bernikah dan sehidup semati dengan si 24 tahun ni.
aku dapat bau yang ia tak sebosan seperti bakal si 56. jadi hidup dengan si 24 itu elok-elok ye
si 24 tu baik adanya. tak mungkin merubah yang telah terjadi. tapi mampu memberi harapan yang sememangnya belum pasti. tetapi jangan risau, kerana angan-angan itu sentiasa free!

oh.. it juz a number? ya rite?! number yang mengekor dari awal hidup. sigh~~ tak pe. chillax. bukan masalah besar pun kan. even cam banyak je 24 tu, tapi aku tak cam 24 kan. bak kate kawan ita, aku cam umo 17 thn. bak kate salesmen, aku macam baru masuk college. macam si kazap cakap, aku macam 20. ok, oleh itu aku tak peduli dengan 24 itu selagi aku tak ada kat mesia. da sampai sane nanti baru aku pikir ape aku nak wat ngan aku yang 24 ni. 

ayuh ayoh aiyoh

Posted: January 14, 2010 by si blogger kerek in
5

harus ke aku panggil diri ni si kafir?

sedar kejadian kiamat
cukup pandai yang sembahyang itu wajib
terlalu pintar yang syurga dan neraka itu wujud
tetap juga aku meronta melakukan maksiat di dunia tuhan
senang betul memegang botol-botol haram
suka sekali kumpul dosa kecil hingga menjadi gumpalan besar

yassin itu terletak di atas almari
berhabuk
dan baru tau letaknya di situ
kerana berlanggar bahu

sejadah itu di dalam laci
terlipat
dan baru tau letaknya di situ
kerana mencari swimming suit

semalam aku tergambar kiamat datang
dan baru tatkala itu aku tersedar
aku sedang hidup di bumi tuhan!
aku terkial-kial mahu mengambil air sembahyang

hidup bukan mimpi
hidup kita untuk mati
mati kita untuk hidup di dunia yang satu lagi

wat pe nak dengki-dengki if kita memang tau tuju kita di mana. buat apa nak cari lubang buat jahat jika dah sah-sah liang lahad kita dibaringkan. ok! aku da bertekad. bukan tekad je, nak wat betul2 punyer!! da dapat ceramah dari orang Saudi da. sangat terkene ngan diri sendiri. everything have its own first time, nak mule memang payah. tapi if once da start, we will c d flow somehow.amin... 


pelangi bermasalah

Posted: January 10, 2010 by si blogger kerek in
4

tutup lah mata jika itu mampu buat kau tenang
biar ia tak mampu halau segala masalah
aku janji ia mampu beri kau ruang nafas

syahdu hati aku dengar segala gundah kau
sukar percaturan hidup kau
tapi kau buat diri semakin kuat setiap hari biar hati kau tenat

kau persiapkan jiwa kau takut-takut ia bakal parah lagi
kau tak pernah kejar pelangi yang janjikan ketawa
kau diam menunggu masalah apa lagi yang mau bertandang

aku tak pernah mahu rindukan senyum kau
sebab aku tau itu semua lakonan kau untuk terus hidup tanpa menyusahkan orang lain

aku tak sesabar kau, aku perlu semua dalam tangan
aku tak seberani kau, aku perlu seluruh dunia untuk sokong aku
aku tak sediam kau, aku perlu menangis untuk tenang dari dugaan

dalam diam
kau berlari kan?
tapi kau datang balik kerana setia kau yang menggunung
kau tadahkan saja semua untuk torehan berdarah mereka

dalam diam
kau berharap sinar kan?
tapi kau sendiri bingung dengan masa depan dan harapan

jangan risau ye
aku masih ada
telinga aku belum bernanah
doa aku belum tamat tempoh lagi
aku sedia menjadi badut untuk mengajar kau senyum sekali lagi.


entri untuk awak.

surat untuk ko

Posted: January 8, 2010 by si blogger kerek in
4

no 3 jalan jalan cari makan

taman suka hati
999 alam maya
dunia tuhan


assalammualaikum,

hye, apa khabar. saye tau awak sihat sejahtera. disebabkan awak sihat sejahtera lah saye di sini sakit bukan main.

selsema, mengapa awak singgah dalam badan saye? tak de tempat lain ke nak pegi? saye penat tau nak bersihkan rumah tumpangan awak tu, iaitu hidung saye. awak tau tak selsema, awak ni gedik bukan main. kadang-kadang awak ade kat sebelah kiri hidung, kadang-kadang kat belah kanan hidung. awak ingat saye suke main kejar-kejar ngan awak ke selsema?

awak tau tak awak tu ialah virus! dan di sebabkan awak virus, awak terpakse menumpang di badan saye untuk keep on living. first time awak singgah, mase saye kecik lagi. cikgu kate, once awak da start tumpang. there is no way to get rid of u. but there is way to make u less active.

selsema, saye tau awak makin aktif bile datangnye musim winter ni. tapi awak tak kesian ke kat saye ni. kita dah kawan 23 tahun. sikit pun awak tak peduli perasaan saye yang sangat mess ni sekarang. dengan rambut mengerbang, dengan tisu yang bergelimpang, dengan lengan baju yang basah-basah sebab ... sebab kau la selsema!!

abes idong saye ni sakit-sakit sebab asek bergesek dengan tisu. suare saye pun cam sengau je sebab awak selalu je nak menyibuk take over. naseb baik la awak tu sakit yang ringan. tapi if saye biarkan awak, mesti awak ajak kawan awak si batuk tu join sekali. awak memang. pantang dapat chan!

tapi tak pe. sebab wat first time nyer orang UK add saye kat myspace. saye sangat suke sebab die alert yang saye wujud di bumi ni. cam awak jugak la. sebab awak tau saye wujud, awak datang menumpangkan. name orang uk itu ialah adam pluse. die seorang penyanyi underground kot....rasenyer la. saye tak sure tapi suare die sangat sedap n memang kene ngan jiwe saye yang slalu betukar2. saye rase nak tulis je kat myspace die tu 'thanx 4 d add. ur voice is awesome! ur music is sumthing i wanna listen on monday tuesday thursday wednesday friday saturday n even sunday!! hahaha. keep on rockin love!' boleh tak? nape xblh? mesti la boleh. mane la tau die jodoh saye tibe2. ha, mase tu saye cepat2 call mak saye bagitau ' i alredy found my man mama! he is awesome n i will go on tour with him. promoting his music. n he want me to be his manager! i already attached our pictha wid dis email. it was taken on our first holiday in hawaii. dont worry mama, im still virgin' PANG!!! haa. kan da kene lempang. berangan cam kutu jalan! kuang hajo tol.

ok la seseme. saye tak kuase nak layan awak. saye nak dengar lagu adam miluf.

p/s selsema, sy betul2 beharap awak akan less active dalam mase 2 hari lagi.


yang benar,
SAYE

this letter is auto generate. there is no need to be sign because it is my way to say thank you to the environment and my signature is hideous actually. as well as my hand writing.

tak pernah ke ..

Posted: January 6, 2010 by si blogger kerek in
6


tak pernah dapat bunga?
bila di baringkan di liang lahad. usai bacaan talkin
semua taburkan bunga

tak pernah pergi spa?
jangan risau, di saat nafas terhenti
kita di usap, di belai waktu di mandikan

risau esok nak pakai baju apa?
di saat mak ayah kita menangis
waktu dengar berita sedih mati itu,
baju putih itu sebenarnya sudah tersedia

tak pernah masuk hutan?
jangan risau.
ia tak se'thrill' selepas tujuh langkah mereka menjauh pusara kita

tak pernah single dan takut untuk single?
jangan mimpi untuk bersama
even janji sehidup semati

tapi, ini selepas kita di cabut nyawa. semasa di cabut nyawa?


hmm... jage dr sndr.jgn slhkan tempat kau duduki sbagai punca kau menjauh dengan tuhan wahai wani!!! ape nak jadi budak ni xtau la!! semayang la weh.... kesian la kat dri sendiri... xsedih ke bl dgr lagu mati? 5 kali je sehari.... aku tau ko pmalas. nk mkn pn ko mls, tp tuk future dan masuk syurga.. pls be gud. ---ape??? slh ke memotivasi dr sndr? skati ar. blog aku kan

si blogger

Posted: January 2, 2010 by si blogger kerek in
12

salam sejahtera. hati si blogger hari ini agak luka parah. dia tidak teringatkan ex-boifren nye ye, mahupun keluarganya yang jauh di mata, atau tas tangan yang mahu di milikinya. dia hanya berasa luka parah.


teringat kata seorang yang menjadi pujangga hidupnya sewaktu berumur 10 tahun menyuruh si blogger ini bersyukur kerana mempunyai family yang lengkap. tapi yang terjadi selepas itu, pujangga hidup itu pun larikan diri.

biar pun si pujangga itu membawa si blogger ini sekali, tapi luka-luka itu mendatangkan memori. memori yang sangat-sangat memberi kesan kepada si blogger hingga ke sekarang. biar semua kata benda itu terlampau lama sudah berlalu, tapi adakah ia memberi kesan kepada orang lain? TIDAK! adakah dia memberi kesan kepada negara? TIDAK! adakah yang lain merasa apa yang si blogger rasa? TIDAK! adakah pernah terfikir bagaiman si blogger yang kecil waktu dulu di hayun ke sane sini? TIDAK! TIDAK! TIDAK! dan adakah mereka yang tau tentang cerita ini tau seratus peratus apa yang terjadi? TIDAK! dan adakah cerita yang mereka tau itu sama dengan apa yang si blogger alami? TIDAK!

dan hari ini, si blogger sangat berasa susah hati kerana mimpi yang lama itu datang kembali.

perasaan :.

Posted: January 1, 2010 by si blogger kerek in
0

setiap cubit perasaan itu indah
biarpun hanya sakit hati
tak mungkin aku tak peduli
sisa hampa itu pun indah
Allah maha hebat
kurniakan aku suatu magic
digelar perasaan

perasaan itu
adakala membuat kita terdetik
pasti ada yang tak elok berlaku


perasaan itu
menjadikan semuanya bertambah indah bila kejadian sekitarnya enak

hati atau perasaan?
hati adalah organ semata
perasaan sebenarnya bukan lahir dari hati
perasaan itu terhidup dalam diri
ia bukan di mana-mana organ
dan ia bukan organ

jadi perasaan itu?
entah... yang penting bukan organ
biar aku rasa jiwa aku parah
aku tiba teredar,
sebab ada nya perasaan ini aku mampu rasa jiwa patah
terima kasih Tuhan
kerana aku punya perasaan

dan aku tak akan layan orang seperti tiada perasaan
tapi dengan sepenuh perasaan
sebab magic yang aku terima ini pun mereka ada
sakit, hampa, gembira segala
tapi tolong jangan main perasaan
sebab ia bukan sesuatu yang mampu buat aku tertawa untuk menikmati kehidupan



......................................dull n feelin yelowishh