i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

sayu

Posted: December 1, 2014 by si blogger kerek in
1

Semua mereka membatu
Tak guna kau mengasak... Mereka sejak azali begitu
Kebendaan segala macam itu punya mereka.
Yang kau pula hanya punya hati yang kau keraskan.

Kau padatkan kata mereka yang mengeji di dalam lubuk hati
Kau telan sakit hati yang bertandang. Kau sematkan semua. Dan kau doa

Biarlah mereka... Kata kau
Itu punya mereka. Rezeki mereka.
Rezeki aku akan tiba. Aku usahakan nanti. Kau berikrar dalam hati senyap2

A new day, a new sin

Posted: August 29, 2014 by si blogger kerek in
0

Agak kurang ajar ini tajuk. 


Sigh~ 

Aku rase nak tampar diri sendiri ye jugak. Nak lempang diri sendiri ye jugak. Hitam sangat kot hati aku ni sampai susah nak berubah. Keinginan ade. Ikrar dalam hati ade. Tapi perbuatan - zero. 

Confirm! Hati hitam.

Bukan sebab dosa je, sebab malboro skali buat hati aku keras.

I will try. I will not give up. I will certainly change my life style and attitude. Let me do it bit by bit. 

Allow me to make mistakes. And to learn from the mistakes.

Fungsinya aku?

Posted: August 25, 2014 by si blogger kerek in
0

Biarlah malam ke siang ke, tetap bayang akan muncul. Asal ada punca cahaya dan penghalangnya.


Begitu juga aku. 
Selagi hidup, selama itu aku cuma hambaNya.

Selalu aku pertikaikan, apa aku ni cuma mesin?
Tapi kenapa wujudkan perasaan.
Aku tak mahu perasaan.
Aku penat mahu merasa.

Pernah aku terfikir, mungkin hidup lebih mudah jika dijadikan sebagai burung. Atau batu.
Supaya senang untuk aku bermunajat, berzikir, memuji pada Dia yang satu.

Tapi aku manusia yang lalai, yang serabai. 
Sering saja berbolak balik perasaan ini.
Berikan aku kuasa wahai tuhan.
Berikan aku kuasa untuk mengetahui masa depan.
Supaya boleh aku atur langkah ini dengan cermat.
Menjadi apa yang di harapkan sebagai hamba dan umat.

Kentalkan aku

Posted: June 14, 2014 by si blogger kerek in
0

Aku baik baik di sini

Semakin kuat melangkah
Membiar pergi harapan dulu
Ambil mudah segala yang jadi di masa lepas

Aku ingatkan kau pun baik baik di sana
Diam kau buat aku percaya kau punya harapan baru yang indah. Bertahun kau diam. Membuat aku semakin percaya dengan teori sendiri.

Tapi malam ni semuanya kau sangkal.
Hanya kerana mimpi yang disogok dek setan,
Kau percaya kita punya peluang di masa depan
Kau yakinkan aku
Kau pujuk aku
Dan kau rayu

Aku mengeluh. 
Kenapa perlu kau datang lagi
7 tahun kita cuba percaya yang kita punya sesuatu
Dan setiap kalinya kita tak pernah juga bersatu
Mengapa kali ini kau nekad

Aku bukan aku
Aku mungkin rindu
Tapi aku masih waras
Tak akan aku buat keputusan melulu
Kejadian yang dulu, bukti kau bukan untuk aku
Janji yang kau pegang, pautannya terlerai di belah aku
Bahagia kau akan datang bila aku lenyap
Jika mahu lekaskan rasa bahagia, cepat cepat hapuskan aku