un-Sims
Posted: March 27, 2012 by si blogger kerek inhidup seindah The Sims
hidup sekelam The Sims
ada baiknya jika hidup ini di atur
sentiasa tahu apa tujuan
tak perlu sesak memikirkan seribu soalan
ada baiknya punya nafsu untuk teroka dunia
mampu guna segala daya
dan segalanya adalah terindah bila ia menjadi memori
bosan, penat, buntu, hanyut
malas aku nak merasa semua rasa ini setiap hari
tapi setiap gembira yang munculnya walau sesaat
mampu membersihkan debu yang bertinggung di hati
tipulah jika tiada perasaan mahu lari
tipulah jika tiada perasaan bila mau mati
tipulah jika aku katakan aku sudah ready
apa yang aku katakan belum tentu itu yang aku mahukan
apa yang aku mahukan sememangnya hanyalah keluh kesah bila aku menyendiri
maka ke tikar sejadah aku melangkah
moga di tunjukkan jalan