i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

hate-hati

Posted: April 21, 2012 by si blogger kerek in
0

agak susah nak terjemahkan kata hati
bukan semua nya boleh dibicara
perangai yang satu ini yakni menjaga hati
memang sentiasa membuat mulut aku menjadi umpama batu

menjaga hati bermaksud aku tidak perlu mencari musuh
menjaga hati membawa bahagia kepada mereka yang tertentu
menjaga hati memberi kelegaan kepada diri aku sendiri tanpa susah-susah
menjaga hati kadang kala buat aku menipu mereka yang rapat supaya sentiasa bersama aku

tapi ada juga masa aku mahu diam sahaja
malas mahu menjaga hati
dan masa itu jugalah aku yang susah hati
aku agak malas untuk mengeluh
maka aku tabahkan hati