i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

opss...

Posted: August 24, 2009 by si blogger kerek in
2

janji dengan aku
selagi terkandung hayat ini
jangan palingkan hati kau

janji dengan aku
jika terlepas tangan kau dari aku
tetaplah sisipkan aku di dalam hati kau

janji dengan aku
meski tercarik hati kita suatu hari nnt
janganlah terbang pergi

teruslah berjanji
hati kau senyum kerana aku
jiwa kau riang kerana adanya aku
denyut kau tenang dengan aku

dan mestinya aku juga akan terus berjanji
untuk melakukan yang sama pada kau


mama...im so damn unhappy..
mama...i miss u
mama...take me to ur arm again

putih

Posted: August 10, 2009 by si blogger kerek in
2

putih itu kan ke tenang...

carut marut

Posted: August 9, 2009 by si blogger kerek in
1

aku noktahkan pertemuan dulu.
aku tak salahkan diri kau yang tak mau berubah
tapi salah kan diri aku kerana tak pernah
terima seadanya

aku tak kecewa kerana perasingan ini
kerana aku tahu tenang itu menjadi peneman nnt

aku tahu aku pasrah tentang episod hidup ini
tapi percayalah
aku lebih rela berpijak di dunia realiti
dari mengharap dunia mimpi yang ternyata
tak pernah aku kecapi

aku pohon maaf kerana malam itu menjadi
malam tragis sehingga hanya tangis yang berbicara
dan hampir sahaja pisau menjadi penutup perbualan
dan terjunan menuju maut menjadi punca perpisahan.


to Perry:
you used to be my inspiration
and i will never get used to not having you by my side
let the dawn carry our tears away
and lets hope the sunrise will make us okay
to face a different you and a different me

senyap...sunyi..hilang...

Posted: August 6, 2009 by si blogger kerek in
0

aku akan tarik diri aku secara perlahan
aku akan biarkan yang lain gembira dengan yang ada
aku akan tunduk bila semua mendongak
aku akan terus senyap ....

dari belakang mereka aku akan terus berlari
sehingga tak kelihatan
dari belakang mereka juga sebenarnya aku aku tak berdaya untuk berlari...
aku hanya mahu jatuhkan badan...dan biarkan terapung..
seperti aku terapung di atas air sungai
seperti di dalam rumah semasa aku sedang teresak tangis kerana masalah sialan yang datang

dan setelah ini
aku harapkan nama aku hilang dan tak pernah dijumpa