i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

kamu yang tidak bernisan

Posted: February 8, 2012 by si blogger kerek in
0

sekarang aku semakin tertunduk
tertunduk kerana aku semakin parah
melihat segala perubahan yang tidak aku dapat jangka arah
atau itu tandanya aku pasrah?

punah, segalanya semakin punah
apabila hari semakin meninggalkan diri
dan aku semakin tidak keruan
ingin sahaja sembunyikan diri

segala penat,
segala resah hati,
segala kecewa
semuanya ingin aku luahkan dengan satu jeritan

tapi di mana rasionalnya, mungkin hilangkah rasa-rasa itu begitu saja

teringin juga aku menangis. supaya keluh kesah yang menjadi air mata mampu
buat aku melihat ke mana arah tuju.

katakan dengan jelas.
supaya aku menjadi fasih dengan bahasa kamu
aku terima kamu seadanya jika kamu menampakkan diri kamu yang aku kenal tak lama dulu

tidak, mungkin aku tidak mahu kamu yang dulu
mungkin aku mahu kamu yang baharu

tapi mungkin tidak,
mungkin aku tidak mahu kamu yang baharu
mungkin aku sendiri tak mengerti apa mahu aku

maka yakin kan aku
pupuk percaya aku
sahut kata-kata ku
jadikan kita seperti kita yang dulu atau mungkin yang baharu
aku tak kisah semua itu
janji aku dengan kamu


0 masuk angin kuar asap: