i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry
Posted:
December 21, 2013
by si blogger kerek in
Tempat ini makin lama makin sepi
Bukan aku tak punya cerita dalam hati
Tapi kadang-kadang aku takut mereka yang memerhati punya kesimpulan sendiri
Aku takut tuk tulis cerita yang indah-indah
Sebab mana tahu yang jadi nanti separuh jalan
Aku malu nak becerita tentang gusar
Takut amarah aku nanti semakin membuak setiap kali membaca entri sendiri
Susah nak jadi diri sendiri.
Senyum susah. Masam susah.
Last sekali muka naik jerawat sebab pening sorang2.
Boleh tak nak suami sorang.
Bila susah, aku tengok muke die dan jadi tenang
Bila suka,peluk badan die n bisik "jom tido sayang"
Hahahahah ok ni bodoh. Bhaiiii.
Posted:
November 22, 2013
by si blogger kerek in
Kadang-kadang aku teragak-agak nak melangkah.
Dari ayat lisannya di suruhnya aku untuk terus menapak
Tapi dari caranya seperti selalu menyuruh aku berundur
*sekali aku tapak muke kau, tau la*
Dan akhirnya.. Aku diam setempat
Rapuh di situ
Kejang kadang2
Mahu mengharap, bimbang membazir masa dan tenaga
Teringin benar untuk leraikan semua ikatan dan terbang ke itali dan menjadi tea lady.
Senang hidup sederhana.
Tak punya kemahuan tinggi-tinggi
Cukup. asal punya masa untuk diri sendiri
Aku punya cerita. Aku heronya. Aku mangsanya. Aku juga si penjenayah.
Jadi. Sapa mahu belikan tiket kapal ke italy?
*tadi kata diri sendiri hero. So belilah sendiri!*
Posted:
October 2, 2013
by si blogger kerek in
Aku belum puas untuk tamatkan sengketa kita
Lantak kan apa yang bakal terjadi
Yang aku mahu tatkala ini ialah sentiasa perang di medan jiwa kita
Biar segala caci maki aku hamburkan
Yang aku mahu kau tahu sebenarnya hanyalah betapa kasihnya aku terhadap kamu
Berat hati ini untuk biarkan kau seorang diri meniti jalan hidup tanpa ditemani.
Walau aku datang bawa parang, sedarilah yang aku ni juga perempuan yang suka berjiwang
Cariklah makna di setiap seribu kata yang aku carutkan.
Jangan nampak kerasnya aku semata, cuba nampakkan berapa lama aku di sisi
Tanpa penat berkongsi
Dan Senantiasa di sudut itu memerhati (dan memaki)
Tolonglah...
Untuk kali ini...
Jangan buat aku penat dengan melihat dan menanti
Posted:
March 12, 2013
by si blogger kerek in
Apa yang aku punya sebenarnya hanyalah habuk. Habuk-habuk yang tiada nilai. Dari zaman lahir hingga sekarang tiada lain yang aku ada. Hanya habuk.
Aku ukur pencapaian orang-orang di sekeliling aku. Mereka punya banyak macam-macam. Mereka punya family lengkap. Mereka punya tiket kertas warna-warni yang punya kuasa bawa mereka mana-mana. Mereka punya segala yang aku tak ada. Mereka teroka segala yang ada di luar dan aku sentiasa leka dengan realiti hidup aku sendiri.
Terlalu leka dengan hidup sendiri dan tiba-tiba hari ini aku rasa yang aku seperti loser sebab tak ada macam-macam yang mereka ada. Habuk adalah.
Kalau tuhan bagi aku ubah hidup. Memang aku tidak akan mula dari sifar. Aku akan pilih untuk tidak di sini. Tidak di dunia.
Posted:
February 13, 2013
by si blogger kerek in
Susah nak hidup sendiri
Walau macam mana pun
Mesti ada terlintas dalam hati
'Bahagia kalau ada yang kongsi luka, kongsi senyum'
Tapi janganlah sampai makan diri
Terlalu teringin mencari orang untuk kongsi suka duka
Tu namanya kita pentingkan diri
Seakan mencari mangsa yang sesuai untuk kita hamburkan segala kisah
Kita pun manusia
Tentu-tentu tak suka rasa di guna-gunakan.
Ada masa kita rasa sendiri
Ada masa kita syok sendiri
Ada masa kita suka-suka nak kongsi.
Posted:
February 9, 2013
by si blogger kerek in
Dia: I need key for room 714
Aku: Could you reconfirm me the registered name for room 714?
Dia: Adam
Aku: Very well. This your key sir
Dia: What if im not the real Adam? I might be someone else who took this Adam wallet and pretend to be Adam.
Aku: I did verified 714 registered name.
Dia: but What if im not Adam?
Aku: Well, are you Adam?
Dia: haha
Aku: gila si botak ni.