i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

War!

Posted: October 2, 2013 by si blogger kerek in
0

Aku belum puas untuk tamatkan sengketa kita

Lantak kan apa yang bakal terjadi
Yang aku mahu tatkala ini ialah sentiasa perang di medan jiwa kita
Biar segala caci maki aku hamburkan
Yang aku mahu kau tahu sebenarnya hanyalah betapa kasihnya aku terhadap kamu
Berat hati ini untuk biarkan kau seorang diri meniti jalan hidup tanpa ditemani.
Walau aku datang bawa parang, sedarilah yang aku ni juga perempuan yang suka berjiwang
Cariklah makna di setiap seribu kata yang aku carutkan.
Jangan nampak kerasnya aku semata, cuba nampakkan berapa lama aku di sisi
Tanpa penat berkongsi
Dan Senantiasa di sudut itu memerhati (dan memaki)

Tolonglah...

Untuk kali ini...
Jangan buat aku penat dengan melihat dan menanti


0 masuk angin kuar asap: