i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

Kentalkan aku

Posted: June 14, 2014 by si blogger kerek in
0

Aku baik baik di sini

Semakin kuat melangkah
Membiar pergi harapan dulu
Ambil mudah segala yang jadi di masa lepas

Aku ingatkan kau pun baik baik di sana
Diam kau buat aku percaya kau punya harapan baru yang indah. Bertahun kau diam. Membuat aku semakin percaya dengan teori sendiri.

Tapi malam ni semuanya kau sangkal.
Hanya kerana mimpi yang disogok dek setan,
Kau percaya kita punya peluang di masa depan
Kau yakinkan aku
Kau pujuk aku
Dan kau rayu

Aku mengeluh. 
Kenapa perlu kau datang lagi
7 tahun kita cuba percaya yang kita punya sesuatu
Dan setiap kalinya kita tak pernah juga bersatu
Mengapa kali ini kau nekad

Aku bukan aku
Aku mungkin rindu
Tapi aku masih waras
Tak akan aku buat keputusan melulu
Kejadian yang dulu, bukti kau bukan untuk aku
Janji yang kau pegang, pautannya terlerai di belah aku
Bahagia kau akan datang bila aku lenyap
Jika mahu lekaskan rasa bahagia, cepat cepat hapuskan aku


0 masuk angin kuar asap: