haram mencarut
Posted: November 8, 2008 by si blogger kerek inseredup mata dia memohon rayu
sebening harapan menongkah arus
hanya satu perlu kau lafaz
kemaafan dalam hati
satu ketika kau tarik dia supaya jgn pergi
hari ini kau tolak die semahu-mahunya kau mahu lari
pegangglah air itu jika kau pndai
jika itu ssh,
maka pgg lah janji...
janji kau itu adalah tali hidup...
sisipan di lembaran hidupmu
nadi hati dia yang semakin menjauh
pernahkah kau ambil peduli
tapaknya melangkah takut..atas sebab
herdikan yang tak dapat ditanggung
mahu saja kakinya diangkat dan di hanyun laju berlari
tapi takut...
jika derap tapak kaki yang laju itu berbunyi dan orang mula memandang
perasaan kau hodoh berteman pangkal ego
mengiring ke lembah, lumrah yang jahanam
bukan salah dia
dia hanya peneman... mahu membimbing entahlah kau sudi
bukan kata kasih, cacian pula yang diterima
kekerasan pangkal ego
itu sudah menjadi teman hidupmu
kau sering perdaya diri dengan menabik dada
butakah hati kau merasa dengan hati klembutan
kini nadinya sudah terhenti
larian die juga tersekat..
dan kini kau sendiri..
sendiri semula....
dan kini sendiri lagi..