aku tahu kenyataan
Posted: July 4, 2009 by si blogger kerek inaku tahu itu kenyataan...
tapi aku tetap mahu bermimpi..
mimpi itu kan lebih indah...
walaupun payah untuk dijadikan realiti...
tapi aku tahu aku mampu untuk terus diulit mimpi
khayalku, impianku dan harapanku
semua ku gumpalkan bersama
dan dengan semua itu aku teruskan mimpi
mungkin itu satu-satunya aset yang ku ada
mungkin itu satu-satunya yang tak mampu jatuhkan aku..
dan mungkin jika semua di dunia menghina aku
aku yakin mimpi itu akan terus membawa
aku ke tempat yang aku beri aku nafas lega..
mimpi mampu jadi realiti,
seandainya diri kita pasti,
akan ada jalan yang dapat disusuri ,
dengan keyakinan yang kita miliki
tidak ada sesiapa yang mampu membunuh mimpi agar ia menjadi satu realiti..
percayalah,
pucuk pangkal adalah diri kita sendiri......