i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

aku tak pernah perlu ayah

Posted: June 27, 2009 by si blogger kerek in
1

walau tak berayah, aku tetap beribu... walau selautan aku tangiskan kerana mahu berayah, kasih itu tetap aku tak dapat gapai.. apatah lagi untuk aku pungut.
mereka boleh berkata aku tetap beribu.. tapi pernahkah mereka merasa untuk tidak memiliki salah satu. jawab?!

kalau ayah pergi menyahut panggilan Illahi, pasti tetap merasa tangan kasihnya
tapi kalau perginya kerana mempunyai anak perempuan, apa alasan lain yang dapat di fikirkan?

seribu kali aku faham walau sering di ulang yang untungnya masih beribu
tapi hati aku masih kerap dikunjungi tanya.. apakah rasanya bila di sentuh tangan kasih ayah..
dan aku tetap manusia yang tak pernah puas dan kali ini dahaga sentuh kasih itu...

mungkin itu yang aku pikirkan dahulu
kini, jangan harap...

sudah aku sumpah
yang aku haramkan dia yang bernama ayah itu hadir di hadapanku
dan aku haramkan diri ini untuk terus merasa kosong...

jika ayah itu boleh melangkah pergi kerana adanya aku
aku juga bisa berlari jauh semahunya kerana kau!
kerana kau aku terperesok dalam dunia ini

1 masuk angin kuar asap: