i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

Christian The Lion

Posted: August 31, 2010 by si blogger kerek in
0

aku tersangat emo untuk explain video ni. 

black widow

Posted: August 29, 2010 by si blogger kerek in
2

black widow spider
umpunya diri yang makan kekasih sendiri
setelah selesai upacara 'mating'

agak kanibal ya di situ. sangat ganas dan mengagumkannnn! jahat ni black widow ni. tapi sebenarnye aku tau bukan tu yang black widow spider ni nak dalam setiap relationship die. mesti die punya hope yang moga-moga die dipertemukan dengan black widow spider versi jantan yang boleh buat kasih sayang tu lagi hebat dari makan. die pun mesti tak mau di kenali sebagai spidernabal (kanibal) di kalangan spider-spider lain.

jika satu hari black widow spider ni punya anak dan mempersoalkan di mana daddy mereka. apa yang mampu black widow ni katakan? 'maafkan mummy sayangku, mummy termakan daddy mu' atau 'mummy mengidam makan daging spider dan daddy telah mengorbankan dirinye demi kamu anak ku' atau lebih ringkas 'mummy tepaksa lakukan apa yang mummy harus lakukan. kamu akan mengerti satu hari nanti'.

black widow spider, anda membuatkan saya berkata:- GIRLS RULES!!!

hak tuih

Posted: August 27, 2010 by si blogger kerek in
3

aku seorang manusia yang susah nak untuk orang lain faham or manusia-manusia sekeliling aku yang terlalu complicated untuk di fahami. aku manusia yang pelik or diorang yang terlalu unik untuk menganggap normal itu pelik.

aku tak pernah and tak nak halau sesiapa dalam hidup aku. tapi kadang2 aku rase aku lagi bahagia hidup sorang2. semua cuba bagitau apa yang patut aku rase, walhal sebenarnye bukan tu yang aku rase. amik course communication tapi aku tak tau macam mana nak communicate dengan manusia. aku still rase awkward even da setahun duduk sebumbung. Astagfirullahalazim. aku tak tau ape yang tak kene dengan aku ni.

aku kadang2 sengaja jalan tengah jalan. mana tau bunyik horn boleh buat aku terkejut gile babi n buat aku terus jadi brilliant dalam semua bende yang aku buat. and kadang2 bukan bunyik horn yang aku tunggu. aku tunggu kereta yang pecut laju untuk bawak aku terbang selama 3 saat atas udara n dalam masa 2 saat aku mencium tanah.

happy birthday shout out

Posted: August 26, 2010 by si blogger kerek in
0

to zoul. happy 24 babe!
there is no card n there is no prezzie
but doesnt mean i dont care
love u!

dunia kanan

Posted: August 21, 2010 by si blogger kerek in
0

selama aku berjalan baru hari ini aku menoleh sebelah kanan
selama aku memandang ke depan baru aku sedar sebelah kanan lebih indah dunianya
dan selama aku mencari sesuatu yang mampu membanggakan aku
rupanya di sebelah kanan terciptanya sesuatu yang mampu terujakan seorang aku

malangnya, dia lelaki.
lelaki tahun dulu mungkin boleh dibanggakan
tapi lelaki tahun aku mampu memporak perandakan
lelaki tahun dulu mungkin menjadi tauladan
tapi lelaki tahun aku mampu membinasakan
dan malang sekali lagi, aku masih tetap teruja dan terus memuja

tangan yang mampu menggegar dunia selaku ibu yang selalu di hati
diganti dengan belai kasih lelaki yang memegang karbon hitam yang wajib ditenyeh di kanvas
dan apabila rutin sebagai pelukis disandarkan ke tepi, tangan pelukis di sogok nota muzik menghidupkan suasana
dan aku diam menikmati

aku memuja bukan kerana cinta, tapi kerana dia mampu menjadi sesuatu yang aku hanya mampu berimaginasi
aku teringin memegang kanvas bermain warna
aku teringin menjadi dia dengan muzik gila
tapi semuanya aku kuburkan sebab pandangan yang satu arah
dan melihat seseorang memakai mimpi aku, membuat aku terus teruja
dan terus berimaginasi yang mungkin ada yang memuja aku jika aku sebetulnya menjadi dia.

dis is... f.f.f.f.f.f.f.f.f. erghhh.. Aku bengang sama itu budak nama Harried. 
bengang ke suke?
ermm.. benci kot.
suke la tu namenye.....
£$%&*!

Dera

Posted: August 20, 2010 by si blogger kerek in
3

Jangan dianiya anak orang itu

Jangan di marah-marah anak orang itu
Jangan di campak hati anak orang itu
Jangan di ikut sangat api marah dalam hati itu

Jangan di ikut sangat rasa hati itu
dan jangan lupa tentang wujudnya tuhan itu
jangan kau lupa wujudnya keadilan
jangan kau lupa hukum karma alam
dan jangan kau yang melutut nanti

jangan kau ingat kesabaran dia ialah keizinan untuk menadah segala maki hamun
jangan kau ingat mulut yang terkunci itu tak punya suara untuk berdoa pada sang tuhan
jangan kau ingat kejadian hari ini tak tertancap dalam memori
jangan kau mulakan apa yang tak sepatutnya kau lakukan
dan jangan kau ingat kau sentiasa di atas.


khas untuk mereka yang di dera oleh ayah/makwe/pakwe/kakak/adik/abang/boss.