i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

dunia kanan

Posted: August 21, 2010 by si blogger kerek in
0

selama aku berjalan baru hari ini aku menoleh sebelah kanan
selama aku memandang ke depan baru aku sedar sebelah kanan lebih indah dunianya
dan selama aku mencari sesuatu yang mampu membanggakan aku
rupanya di sebelah kanan terciptanya sesuatu yang mampu terujakan seorang aku

malangnya, dia lelaki.
lelaki tahun dulu mungkin boleh dibanggakan
tapi lelaki tahun aku mampu memporak perandakan
lelaki tahun dulu mungkin menjadi tauladan
tapi lelaki tahun aku mampu membinasakan
dan malang sekali lagi, aku masih tetap teruja dan terus memuja

tangan yang mampu menggegar dunia selaku ibu yang selalu di hati
diganti dengan belai kasih lelaki yang memegang karbon hitam yang wajib ditenyeh di kanvas
dan apabila rutin sebagai pelukis disandarkan ke tepi, tangan pelukis di sogok nota muzik menghidupkan suasana
dan aku diam menikmati

aku memuja bukan kerana cinta, tapi kerana dia mampu menjadi sesuatu yang aku hanya mampu berimaginasi
aku teringin memegang kanvas bermain warna
aku teringin menjadi dia dengan muzik gila
tapi semuanya aku kuburkan sebab pandangan yang satu arah
dan melihat seseorang memakai mimpi aku, membuat aku terus teruja
dan terus berimaginasi yang mungkin ada yang memuja aku jika aku sebetulnya menjadi dia.

dis is... f.f.f.f.f.f.f.f.f. erghhh.. Aku bengang sama itu budak nama Harried. 
bengang ke suke?
ermm.. benci kot.
suke la tu namenye.....
£$%&*!

0 masuk angin kuar asap: