i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

Fungsinya aku?

Posted: August 25, 2014 by si blogger kerek in
1

Biarlah malam ke siang ke, tetap bayang akan muncul. Asal ada punca cahaya dan penghalangnya.


Begitu juga aku. 
Selagi hidup, selama itu aku cuma hambaNya.

Selalu aku pertikaikan, apa aku ni cuma mesin?
Tapi kenapa wujudkan perasaan.
Aku tak mahu perasaan.
Aku penat mahu merasa.

Pernah aku terfikir, mungkin hidup lebih mudah jika dijadikan sebagai burung. Atau batu.
Supaya senang untuk aku bermunajat, berzikir, memuji pada Dia yang satu.

Tapi aku manusia yang lalai, yang serabai. 
Sering saja berbolak balik perasaan ini.
Berikan aku kuasa wahai tuhan.
Berikan aku kuasa untuk mengetahui masa depan.
Supaya boleh aku atur langkah ini dengan cermat.
Menjadi apa yang di harapkan sebagai hamba dan umat.

1 masuk angin kuar asap: