dendam
Posted: May 21, 2009 by si blogger kerek in
0
aku penjarakan semua sakit hati
biar aku sendiri yang rasa pedih
dan percayalah aku sematkan jadi dendam nurani
sediam aku
kau ludahkan
percaya aku
kau perjudikan
kasih aku?
kau hancurkan!
ciuman maut,
itu yang akan kau hadap
biar kau dijulang dengan seksa
dan semasa kau hamburkan darah merah
aku selimutkan ketawa bersama amarah
walau nasihat kata,
jangan dendam
biar tuhan yang hitung dosanya
tapi hati aku tak pernah berhenti menjerit
mahukan otaknya mendidih, biar dadanya sakit
seperti setiap malam lamaku yang mengigil sedih.