i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

entri ngade2

Posted: September 22, 2009 by si blogger kerek in
0

terbias cahaya di pagi itu
membuatkan aku lekas-lekas menoleh ke arah kananku
dan kesekaliannya aku hanya melepas nafas kecewa

sememangnya aku mengharap kau yang berada di sebelah
di saat pagiku
bukannya angin kosong dan bantal yang terbiar

fahamilah aku
yang sering terkontang-kanting
mengheret beban kerana sayang pada kau

datangilah aku walau untuk mengucapkan kata selamat tinggal
mahupun lambaian perpisahan
meskipun hanya dalam fantasi mimpi

aku terdengar kau minta tuhan lihatkan aku saat kau jauh
saat kau lelap kau minta tuhan temani aku
dan setiap saat kau minta dari tuhan jaga aku

kerana kau tahu kau akan lelap dan jauh selamanya
dan setelah itu

siapa yang akan doakan aku selepas ini?

0 masuk angin kuar asap: