saya untuk diri
Posted: December 15, 2010 by si blogger kerek in
0
perlahan aku pergi tinggalkan semua yang terbiasa
sejauh mungkin aku biarkan sejarah lalu
seangkuh mungkin aku keraskan hati
tatkala rindu itu menghimpit
aku terajang jauh-jauh semua memori lalu
dan buat seketika
sebenarnya aku tenang
tenang kerana aku bernafas untuk diri sendiri
tenang bila tahu jiwa aku milik aku
tenang bila tahu perasaan ini tidak terganggu
ini yang aku mahu
sumpah aku seronok begini
seronok bila tahu aku untuk aku