biasa
Posted: January 14, 2011 by si blogger kerek in
0
saya ada kat tempat biasa
yang macam awak selalu nampak
dan saya pun terbiasa tengok awak
sebab awak ada kat tempat biasa
tapi hari ni semua luar biasa
sebab awak kata, awak nak kurangkan yang terbiasa
salah saya ke? saya tanya
silap saya. awak kata
tak banyak soal saya ikutkan saje
walaupun saya tak biasa request awak kali ni
hari ni, saya ada kat tempat biasa
tempat yang saya selesa tu
tapi hari ni saya tak biasa
sebab awak buat saya macam saya tak patut wujud dalam dunia awak
saya ada kat tempat biasa
cuma hari ni saya tak biasa
sebab awak tak ada