i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

carut lagi

Posted: January 7, 2009 by si blogger kerek in
0

hati aku keras
keras seperti kata kesat

mengaku salah adalah sukar
sesukar langkah aku bergerak jauh dari kubur insan yang menjaga aku waktu kecilku

mulut ku berat kata maaf
kerana aku tau..walau sejahat mana buat ku pada kau
pasti kau akan tersenyum bila aku sentuh jari sepuluh punya kau

tapi hari ini, semua ku lihat lain...
semua ku lihat lain
setelah air mata kau bergenang

ahhh!!

aku kalah

aku tewas bila kau tanya masih sayangkah aku pada kau
bodohlah aku jika aku kata pudar kasih tuk kau
biol otak ku jika ku kata ku gemar tonton sedih kau

aku kasar
tetapi aku kuat merajuk
aku bengis
tapi aku suka di pujuk
aku pemarah
tapi aku suka bila hati aku ditenangkan

fahamilah aku
kerana
aku telah sedaya upaya menjaga sayang ini tanpa kau sedar
fahamilah aku
kerana
hanya tangan kau yang ingin aku genggam
fahamilah aku
kerana kau penyejuk mataku

walau kata carut yang sering terkeluar
ampunkan aku
kerana aku geram...
geram kerana kau yang aku sayang
geram kerana sayang ini tak boleh dibagi lagi

0 masuk angin kuar asap: