XOXO
Posted: June 4, 2010 by si blogger kerek in
0
mungkin keras perilaku dia
tapi tak bermakna kaku hatinya
mungkin yang perlu dia tahu
sayang yang kau dulu kau baja
tiada pernah kering dan tak mungkin layu
mungkin senyum yang terlukis
belum tentu itu yang tertekap di dalam hati
mungkin yang dia mahu
sedikit ruang untuk bernafas menjadi diri sendiri
mungkin satu tepukan di bahu
mampu luruhkan segala gundah dia
mampu leraikan kusut dalam hati yang kosong tak berisi
mampu jauhkan memori yang jahat yang menghuni
tunjukkanlah sayang walau hanya dengan satu tepukan di bahu
mungkin semacam restu untuk terus bersemangat
dan dari situ dia tahu yang semua masih mahu dan perlu
dan perlu untuk die terus berada disitu