i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry
Posted:
November 26, 2010
by si blogger kerek in
dalam tujuh hari
akan ada satu hari bila aku xmau delete message2 email dari facebook.
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau reply semua komen dari facebook
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau tweet sesiapa dalam twitter
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau tengok apa2 video dalam youtube
dalam tujuh hari
akan ada 6 hari aku fikir pasal malaysia
dalam tujuh hari
akan ada 5 hari aku fikir kenapa mama senyap
dalam tujuh hari
akan ada 4 hari aku fikir kenapa aku selalu banyak fikir
dalam tujuh hari
akan ada 3 hari aku gune camcorder rakam semua benda
dalam tujuh hari
akan ada 2 hari aku cuba untuk menjadi tidak normal
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku letih fikir pasal hari-hari aku
bila semuanya mau kembali seperti biase
kenapa jauh begini baru aku terasa semua orang sememangnya jauh
kenapa sampai hari ini aku tak faham segala cakap mama.
oh tolonglah.
aku penat mencari punca.
maafkan kami adik beradik sebab selalu buat kamu tinggi suara
saya rela bunuh diri jika itu mampu buat kamu bahagia.
Posted:
by si blogger kerek in
300 kawan
setiap satu bakal pergi
setiap satu bakal terisi masa depannya
siapa yang mahu temani aku lagi?
bila masanya untuk ketawa riang lagi?
aku tahu tak selamanya kita muda begini
pergilah kalian,
sudah di ketahui hidupmu bakal berubah satu hari nanti
banyak cerita angan yang akan menjadi realiti
raihlah sebanyak mana kegembiraan untuk di persembahkan kepada anak kecil nanti
tsk~ lisa, ekin, amy, angah, diba, nizam othman pny abg, zetty. adoiii.. bnyk nye adiah nk kne beli.
Posted:
November 22, 2010
by si blogger kerek in
i am hero on my own story
you are the hero of your own story
i dont need anyone to save me
i just need an inspiration
to save myself
Posted:
November 19, 2010
by si blogger kerek in
so as a YouTube junkie, aku pun melakukan kebajikan melawat video video di bawah subscription aku. sekarang ni before video start, akan ade commercial tuk product yang bebayor. tapi kali ni punye ad mmg tak leh blah punye.
desperate benor ke YT oi. lawak gilers
Posted:
November 17, 2010
by si blogger kerek in
dengan ini saya mengisytiharkan tahun 2010 ialah tahun malang saya. ia bermula apabila kesemua barang elektronik yang di miliki punah/musnah/rosak/mampos/mati/kiok/atau watever fuck yang sama ertinye.
bermula dengan pembelian laptop yang berfungsi dengan baik kemudian d attack trojan horse dan kemudian elok kembali, dan selepas itu mati hingga kini tidak hidup2. ia di bawa ke emergency room tetapi ia tidak dapat die sembuhkan hanya melalui format sahaja. ia perlukan PEMBEDAHAN!!! dan doktor yang merawat tidak mahu mengambil risiko.
Warranty? hanya untuk hardware.
[p/s komponen2, cip2 tu kire hardware ke? pls tell me :'( ]
selepas itu pembelian sony ericson vivaz. walaupun ia jarang di sayangi oleh saya tapi kehadiran dia tetap memberi seribu erti kerana harganya yang fucking not reasonable. sebelum pembelian saya merasakan ia yang terbaik, tetapi selepas pembelian die adelah mother father (jka anda paham ape yang sy cube sampaikan)
kerosakan dia berlaku semasa saya sedang berada di dalam bangunan pusat membeli belah. di sebabkan terdesak untuk menggunakan telefon bimbit kerana terpisah dengan rakan-rakan di pusat membeli belah itu, maka saya menggunakan duit saya yang tinggal 30 pound itu untuk membeli handphone yang berharga 24pound. saya redha.
sekarang ini, telefon yang berharga 24 pound itu walaupun murah, tetap yang paling saya sayang kerana dia tak menjanjikan apa2 harapan tinggi terhadap fungsinya dan saya tidak pernah memaksa ia untuk berkerja keras demi kebahagiaan saya. saya lebih suka keserdehanaan yang dibawa henpon murah ini. tetapi, baru sebentar tadi, die juga pergi meninggalkan saya. dia tidak mahu di cas. di tolak semua arus makanan(elektrik) untuk sampai ke bodynyer. saya mencuba dari satu plug ke satu plug. tetap ia tak berfungsi. tetap ia diam kaku. ape puncanya kau lakukan ku sebegitu sayang? tau kah kau paling berjasa setakat ini? adakah kerana kau ternampak aku membuka www.apple.com/uk kau mula curiga dan membuat hal? adakah kerana aku tidak lagi menggunakan alarm mu, kau mula terasa hati dan membawa diri...jauh?
jika itu yang membuat kau mogok tak mahukan arus makanan itu, aku sanggup untuk tidak membuka mana-mana website handphone. aku sanggup menggunakan mu sepenuhnya sebagai handphone dan menggunakan ipod sebagai halwa telinga. tapi jika malam ini, kau buat hal jugak. maaf lah jack. ko blah la. aku malas nk jaga ko lagi. aku masuk kan ko dalam tong kitar semula je. ko pilih la mana satu ko nak. if ko rase bahagia wat aku menderita cam ni, aku pun bahagia biarkan ko cam tu.
akhir kata, lepaskan je ape2 or sape2 yang mahu dilepaskan.
Posted:
November 13, 2010
by si blogger kerek in
membelek2 gambar2 rakan2 di fb dan terjumpa ini!
Shahriman Monteiro Ala dulu pun BZ gak tp weekend bole je datang rumah wani. 2 la. memang aku dah agak pas wani g jadi camni. Wani tu glue that stick us together
uhukk :( rindunnye dengan sume orang. n ofkos im hepi to be a anyone glue.
Posted:
November 11, 2010
by si blogger kerek in
biar beribu cara belum tentu aku dapat bangkitkan senyum kamu
entah di mana hilang senyum kamu
entah bila akan muncul kembali
kamu perlu selalu tahu
aku tak perlukan senyum itu jika bukan itu yang kamu mahu
dan tak perlu aku jadikan senyum itu sebagai api dan tenggelamkan segala yang kita kongsi
aku mampu hidup tanpa senyum
dan bukan tanpa kamu
tak terbangkit rasa gelisah waktu bulan bersandar di langit malam
bila sentiasa tahu esok kamulah sinar
Posted:
November 9, 2010
by si blogger kerek in
berhabuk dh blog aku ni. poooohhhpoohhh kasi buang sama habuk2. kasi buang sawang2. nak ttp blog, syg. slame bertaon2 aku jadi manusia, ni la satu bende yang selalu ade dgn aku. baju2 murah/mahal aku beli pn tak mampu duk bertaon idup ngn aku. ade je yg koyak/di kebas. aku tak penah habis kan satu2 bende dengan jayanya. sume nye separuh jalan. blog ni je yang still bejalan, walau tersengguk2 gak.
payah untuk hidupkan apa yang pernah mati
susah untuk datangkan percaya bila sudah ditikam sehingga matinya hati
kau yang pernah menjadi punca nadi
dan aku merayu supaya di lepaskan pergi
bukan kontradiksi
bukan dialog main-main dalam hati
ini yang tercipta semenjak aku -
tengok tengok! ape jadi. tulis pn tak abis. aku pun tak tau nak sambung ape. hancuq2. sape suh ade 18 blog. haa, pdan muke aku.
Posted:
November 1, 2010
by si blogger kerek in
abu selasa seorang diri
dia mengasingkan diri
dan dia tak pernah sesali
bunyi suara manusia
terkadang datang bergayut di dahan rindu
abu biarkan semua itu
abu tak punya 5 atau 7 hati
untuk melayan semua kemahuan semua saudara saudari
abu sendiri penat menjadi bidadari
biarlah, kali ini dia mahu sendiri
abu hayunkan tangan kanan yang selari dengan kaki kiri
dia berjalan, tetapi di dalam hati dia menari
tidak hadir bosan ke dalam hati
kerana mampu senyum kerana dia adalah abu
dia adalah dia sewaktu pertama kali azan di laungkan ke telinga
dia adalah abu. abu yang pernah jakun sewaktu melihat kapal terbang di atas kepala.
abu senyum lagi
bahagia.
so, ade ape dengan abu?! so abu sebenanye gile ke, or dia mati ke or dia ape?
yang penting, abu adalah abu.haha