year of distress (sort of)
Posted: November 17, 2010 by si blogger kerek indengan ini saya mengisytiharkan tahun 2010 ialah tahun malang saya. ia bermula apabila kesemua barang elektronik yang di miliki punah/musnah/rosak/mampos/mati/kiok/atau watever fuck yang sama ertinye.
bermula dengan pembelian laptop yang berfungsi dengan baik kemudian d attack trojan horse dan kemudian elok kembali, dan selepas itu mati hingga kini tidak hidup2. ia di bawa ke emergency room tetapi ia tidak dapat die sembuhkan hanya melalui format sahaja. ia perlukan PEMBEDAHAN!!! dan doktor yang merawat tidak mahu mengambil risiko.
Warranty? hanya untuk hardware.
[p/s komponen2, cip2 tu kire hardware ke? pls tell me :'( ]
selepas itu pembelian sony ericson vivaz. walaupun ia jarang di sayangi oleh saya tapi kehadiran dia tetap memberi seribu erti kerana harganya yang fucking not reasonable. sebelum pembelian saya merasakan ia yang terbaik, tetapi selepas pembelian die adelah mother father (jka anda paham ape yang sy cube sampaikan)
kerosakan dia berlaku semasa saya sedang berada di dalam bangunan pusat membeli belah. di sebabkan terdesak untuk menggunakan telefon bimbit kerana terpisah dengan rakan-rakan di pusat membeli belah itu, maka saya menggunakan duit saya yang tinggal 30 pound itu untuk membeli handphone yang berharga 24pound. saya redha.
sekarang ini, telefon yang berharga 24 pound itu walaupun murah, tetap yang paling saya sayang kerana dia tak menjanjikan apa2 harapan tinggi terhadap fungsinya dan saya tidak pernah memaksa ia untuk berkerja keras demi kebahagiaan saya. saya lebih suka keserdehanaan yang dibawa henpon murah ini. tetapi, baru sebentar tadi, die juga pergi meninggalkan saya. dia tidak mahu di cas. di tolak semua arus makanan(elektrik) untuk sampai ke bodynyer. saya mencuba dari satu plug ke satu plug. tetap ia tak berfungsi. tetap ia diam kaku. ape puncanya kau lakukan ku sebegitu sayang? tau kah kau paling berjasa setakat ini? adakah kerana kau ternampak aku membuka www.apple.com/uk kau mula curiga dan membuat hal? adakah kerana aku tidak lagi menggunakan alarm mu, kau mula terasa hati dan membawa diri...jauh?
jika itu yang membuat kau mogok tak mahukan arus makanan itu, aku sanggup untuk tidak membuka mana-mana website handphone. aku sanggup menggunakan mu sepenuhnya sebagai handphone dan menggunakan ipod sebagai halwa telinga. tapi jika malam ini, kau buat hal jugak. maaf lah jack. ko blah la. aku malas nk jaga ko lagi. aku masuk kan ko dalam tong kitar semula je. ko pilih la mana satu ko nak. if ko rase bahagia wat aku menderita cam ni, aku pun bahagia biarkan ko cam tu.
akhir kata, lepaskan je ape2 or sape2 yang mahu dilepaskan.
ye cuba untuk melepaskan.....tapi boleh ke?