senyum
Posted: November 11, 2010 by si blogger kerek inbiar beribu cara belum tentu aku dapat bangkitkan senyum kamu
entah di mana hilang senyum kamu
entah bila akan muncul kembali
kamu perlu selalu tahu
aku tak perlukan senyum itu jika bukan itu yang kamu mahu
dan tak perlu aku jadikan senyum itu sebagai api dan tenggelamkan segala yang kita kongsi
aku mampu hidup tanpa senyum
dan bukan tanpa kamu
tak terbangkit rasa gelisah waktu bulan bersandar di langit malam
bila sentiasa tahu esok kamulah sinar
masih mencuba untuk senyum... =)