i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

buntu

Posted: January 12, 2011 by si blogger kerek in
2

dari katil dalam bilik ke sofa di ruang tamu. dari sofa di ruang tamu ke kerusi di beranda. dari kerusi di beranda ke tingkap dapur. dari tingkap dapur ke screen handphone. tak sedap berperasaan sebegini. mati segala perasaan untuk berbaring enak di atas sofa. terlampau dan melampau banyak soalan untuk diri sendiri yang sememangnya tidak terjawab kerana semua soalan melibatkan manusia yang tidak berada di depan mata. selamatkah dia melintas jalan? lelahkah dia bersesak-sesak di dalam keramaian? pastikah dia jalan ke mari? jika apa-apa jadi, tahukah orang lain yang aku wujud dan sedang menanti dia? tidak sepatutnya dia selambat begini. jika benar dia sihat-sihat saja, bawa dia ke mari dalam kelajuan cahaya. agar tenang dada aku menyedut udara. 

nampak tersusun langkah aku ke beranda, tapi tuhan tau betapa jantung aku seperti belumba mencari garisan penamat. aku meneliti setiap kenderaan dari jauh. aku bukan serupa superman tapi aku mampu melihat kelibat manusia di dalam kereta, di atas bus, di atas motor. aku hanya mahu menjumpakan satu susuk tubuh yang aku tunggu. dan aku masih tidak menemukannya lagi. 

berdoa kepada tuhan? perlukah aku berdoa kepada sang tuhan pada saat-saat genting bagi aku? sedangkan pada hal yang lain, aku kononnya kuat melangsaikan segala masalah. aku manusia, hamba-NYA. memang patut aku berminta-minta. tapi perasaan segan muncul. kerana doa yang akan ku pohon ini untuk seorang lelaki. yang bukan muhrim. patutkah aku teruskan? adakah ini definasi zalim? meletakkan sesuatu yang tidak kene pada tempatnya?

2 masuk angin kuar asap:

  1. gelisah buat hidup rasa tak senang.