ayuh ayoh aiyoh
Posted: January 14, 2010 by si blogger kerek inharus ke aku panggil diri ni si kafir?
sedar kejadian kiamat
cukup pandai yang sembahyang itu wajib
terlalu pintar yang syurga dan neraka itu wujud
tetap juga aku meronta melakukan maksiat di dunia tuhan
senang betul memegang botol-botol haram
suka sekali kumpul dosa kecil hingga menjadi gumpalan besar
yassin itu terletak di atas almari
berhabuk
dan baru tau letaknya di situ
kerana berlanggar bahu
sejadah itu di dalam laci
terlipat
dan baru tau letaknya di situ
kerana mencari swimming suit
semalam aku tergambar kiamat datang
dan baru tatkala itu aku tersedar
aku sedang hidup di bumi tuhan!
aku terkial-kial mahu mengambil air sembahyang
hidup bukan mimpi
hidup kita untuk mati
mati kita untuk hidup di dunia yang satu lagi
wat pe nak dengki-dengki if kita memang tau tuju kita di mana. buat apa nak cari lubang buat jahat jika dah sah-sah liang lahad kita dibaringkan. ok! aku da bertekad. bukan tekad je, nak wat betul2 punyer!! da dapat ceramah dari orang Saudi da. sangat terkene ngan diri sendiri. everything have its own first time, nak mule memang payah. tapi if once da start, we will c d flow somehow.amin...
bagus la kalau macam tu
doakan yang baik2 untuk kau