i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

pelangi bermasalah

Posted: January 10, 2010 by si blogger kerek in
4

tutup lah mata jika itu mampu buat kau tenang
biar ia tak mampu halau segala masalah
aku janji ia mampu beri kau ruang nafas

syahdu hati aku dengar segala gundah kau
sukar percaturan hidup kau
tapi kau buat diri semakin kuat setiap hari biar hati kau tenat

kau persiapkan jiwa kau takut-takut ia bakal parah lagi
kau tak pernah kejar pelangi yang janjikan ketawa
kau diam menunggu masalah apa lagi yang mau bertandang

aku tak pernah mahu rindukan senyum kau
sebab aku tau itu semua lakonan kau untuk terus hidup tanpa menyusahkan orang lain

aku tak sesabar kau, aku perlu semua dalam tangan
aku tak seberani kau, aku perlu seluruh dunia untuk sokong aku
aku tak sediam kau, aku perlu menangis untuk tenang dari dugaan

dalam diam
kau berlari kan?
tapi kau datang balik kerana setia kau yang menggunung
kau tadahkan saja semua untuk torehan berdarah mereka

dalam diam
kau berharap sinar kan?
tapi kau sendiri bingung dengan masa depan dan harapan

jangan risau ye
aku masih ada
telinga aku belum bernanah
doa aku belum tamat tempoh lagi
aku sedia menjadi badut untuk mengajar kau senyum sekali lagi.


entri untuk awak.

4 masuk angin kuar asap:

  1. Yuki Yusuf says:

    untuk saya???----->hahaha~

    mari kita belajar ketawa
    walaupun tiap2 hari kita didesak tangis

  1. hahah. untuk kamu pn blh. layankan saje

  1. lupe plak..
    thx drop kt my page ok..
    nice one here..
    keep up..