i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

dinding empat penjuru

Posted: April 16, 2010 by si blogger kerek in Labels:
0

aku harapkan

dinding empat penjuru itu
mampu tempatkan rasa bosan, amarah, geram, sedih aku
sekaligus mampu menjadi tempat aku
berbaring, bermalas, bersila, bernyanyi, berjoget
tanpa perlu rasa kurang enak dalam kalbu untuk sesiapa

aku sanggup berada di pelukan dinding empat penjuru
selama mungkin
mungkin hingga ke akhir hayat

tapi kerana terciptanya sang pintu
semua angan mahu jadi diri sendiri
musnah sama sekali
semua mereka masuk sesuka hati melalui sang pintu
hingga aku tak rasa selamat bersama dinding empat penjuru

aku mahu jadi aku. aku tak perlu banyak ruang untuk jadi aku
aku hanya mahu dinding-dinding ini bersama aku
aku tak mintak hati sesiapa
aku hanya mahu dinding empat penjuru
aku tak mintak sesiapa menadahkan telinga
dinding empat penjuru yang aku mahu

kepada dinding empat penjuru
i miss you
n i miss to be me

0 masuk angin kuar asap: