i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

berangkat tanpa kamu

Posted: December 20, 2010 by si blogger kerek in
0

perasaan di tinggalkan bukan sesuatu yang girang untuk di kongsikan
perasaan di tinggalkan menjadikan semua kebiasaan menjadi tangisan

elok dia di sini semalam,
hari ini hilang

berderai memori gelak yang galak
tertahan tahan tangan menggapai telefon

sumpah, perasaan ini tidak enak.
percayalah, ini tidak terlintas dalam gambaran masa depan.
ternyata hidup punya arah sendiri yang mengemudi realiti.

dan dia merangkul aku...

Posted: December 16, 2010 by si blogger kerek in
2

abu kass: jom la tido
wani : orite awak.

jadinya, abu kass dan wani pun melanding ke atas katil. terpaksa berhimpit sedikit kerana Sofia si anak buah tiba-tiba mula sibuk memanjat katil. abu kass mencari tangan wani untuk terus di genggam meredah malam. wani memusing badan dan meletakkan kepala dekat-dekat dengan bahu abu kass.

Kemudian - nokia tune berbunyi dari bawah bantal menandakan message masuk. Dalam hati 'damn, ape jadi sebenanya ni?'

'Oi oi! Bangun ke tido lagi??' Sender: Ben

DAMN! AKU MIMPI. BONGOKKKK. BANGANG GILE MMP CAM TU. CAM NE LA AKU LEH MMPI MAMAT TU. ROSAK ROSAK.

kpd encik abu kass. maap la. termimpi kamu lak.hahaha. relax ar, bukan real pn kan. mslhnye nape tetibe aku yg gelabah ni. sial dowwwhh..

saya untuk diri

Posted: December 15, 2010 by si blogger kerek in
0

perlahan aku pergi tinggalkan semua yang terbiasa

sejauh mungkin aku biarkan sejarah lalu

seangkuh mungkin aku keraskan hati

tatkala rindu itu menghimpit

aku terajang jauh-jauh semua memori lalu

dan buat seketika

sebenarnya aku tenang

tenang kerana aku bernafas untuk diri sendiri

tenang bila tahu jiwa aku milik aku

tenang bila tahu perasaan ini tidak terganggu

ini yang aku mahu

sumpah aku seronok begini

seronok bila tahu aku untuk aku

mahu mati

Posted: December 7, 2010 by si blogger kerek in
0

punca aku terus berlari sehingga ke hari ini
hanya kerana beban menjadi seorang dewasa
aku tak pernah mahu apa yang aku ada ini
bukan aku tak bersyukur
tapi sebetulnya aku menunggu saat dimatikan

dan sekarang aku bercakap seperti orang tiada kewarasan.

omong 1

Posted: December 6, 2010 by si blogger kerek in
0

seriously can u blame a girl when there is two or three kind hearted guy datang dan mempersembahkan hati dorang? and u cant blame lelaki if dia pun jumpa two or three sexy angel or just plain angel yang tersengih ajak main masak2. hidup ni penuh dengan choice. sebab kite tak tau future, terwujudlah choice tersebut.


and how about mistakes? janganlah risau psl mistake, sume orang pun buat mistake. si brad pitt tu penah buat kesalahan besar sbb tak pilih aku. n die go on je ngn angelina jolie. sbb die tau aku tak kan terima die balik after ape yang da die buat kat aku. aku pun penah buat mistake sebab aku reject james blunt. n aku still hidup sampai sekarang. nothing change. pahala still kurang cam biase, dosa still bertambah cam biase. 

even sometimes aku teringin sangat nak jadi orang yang sangat serius macam tuan hakim. tapi aku ade problem ngn kening aku sebab tak leh bekerut dalam mase yang lama. 

so, what are we talking about again??

k.k

Posted: December 4, 2010 by si blogger kerek in
2

i try! i did tried to ignore dis feeling. but....

tau tak yang kerana kamu, saya terlahir di dunia ini
kerana kamu, walau saya mencarut bencikan tempat ini
saya tetap hidup kuat kerana kamu.

kerana kamu, saya tetap pulang ke sarang bila tiba waktunya
saya tau sejuta masalah pernah menimpa kerana saya
tapi jangan jauhkan hati dari saya

saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
saya mintak maaf lagi sekali
jangan tunjuk kamu benci saya
jangan tunjuk yang sayang kamu hilang
tipulah saya dengan kata yang setiap masa kamu rindu saya
sedekahkan senyuman indah kamu hanya untuk redupkan panas di hati saya.

i miss u ma. pls reply my msg. pls pls. dont ignore me. its hard. its tough.

konon muhasabah diri

Posted: December 2, 2010 by si blogger kerek in
1

terbazir

aku tak merasakan hari yang dulu itu membazir
tapi adakala timbul menyesal sebab perbuatan lalu
apa yang terjadi dulu sangat menyeronokkan 
dan tak mampu untuk diulang kejadiannya.
pernah rasakan itu?

jangan tunggu apa yang kusut semalam menjadi rapi 
jangan tunggu mereka2 untuk bersedia menerima kamu yang baru
episode baru sentiasa terbuka bagi kamu untuk setiap saat
jadi sila jadi kuat untuk buat tidak tahu kepada manusia yang suka marah2
yang suka komplen2
yang suka cakap tak serupa bikin
yang suke nak gempak
kate pada mereka ' piraah mabuk!'

somekind all time favourite song

Posted: December 1, 2010 by si blogger kerek in
0

Original



remix by one of my favourite youtubers



moga2 kamu suka ya

dalam tujuh hari

Posted: November 26, 2010 by si blogger kerek in
1

dalam tujuh hari
akan ada satu hari bila aku xmau delete message2 email dari facebook.
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau reply semua komen dari facebook
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau tweet sesiapa dalam twitter
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku xmau tengok apa2 video dalam youtube
dalam tujuh hari
akan ada 6 hari aku fikir pasal malaysia
dalam tujuh hari
akan ada 5 hari aku fikir kenapa mama senyap
dalam tujuh hari
akan ada 4 hari aku fikir kenapa aku selalu banyak fikir
dalam tujuh hari
akan ada 3 hari aku gune camcorder rakam semua benda
dalam tujuh hari
akan ada 2 hari aku cuba untuk menjadi tidak normal
dalam tujuh hari
akan ada satu hari aku letih fikir pasal hari-hari aku
bila semuanya mau kembali seperti biase
kenapa jauh begini baru aku terasa semua orang sememangnya jauh
kenapa sampai hari ini aku tak faham segala cakap mama.
oh tolonglah.
aku penat mencari punca.
maafkan kami adik beradik sebab selalu buat kamu tinggi suara
saya rela bunuh diri jika itu mampu buat kamu bahagia.

300 kawan

Posted: by si blogger kerek in
1

300 kawan
setiap satu bakal pergi
setiap satu bakal terisi masa depannya
siapa yang mahu temani aku lagi?
bila masanya untuk ketawa riang lagi?
aku tahu tak selamanya kita muda begini

pergilah kalian,
sudah di ketahui hidupmu bakal berubah satu hari nanti
banyak cerita angan yang akan menjadi realiti
raihlah sebanyak mana kegembiraan untuk di persembahkan kepada anak kecil nanti


tsk~ lisa, ekin, amy, angah, diba, nizam othman pny abg, zetty. adoiii.. bnyk nye adiah nk kne beli.

i am hero

Posted: November 22, 2010 by si blogger kerek in
0

i am hero on my own story

you are the hero of your own story
i dont need anyone to save me
i just need an inspiration 


to save myself

youtube

Posted: November 19, 2010 by si blogger kerek in
0

so as a YouTube junkie, aku pun melakukan kebajikan melawat video video di bawah subscription aku. sekarang ni before video start, akan ade commercial tuk product yang bebayor. tapi kali ni punye ad mmg tak leh blah punye.


desperate benor ke YT oi. lawak gilers

year of distress (sort of)

Posted: November 17, 2010 by si blogger kerek in
3

dengan ini saya mengisytiharkan tahun 2010 ialah tahun malang saya. ia bermula apabila kesemua barang elektronik yang di miliki punah/musnah/rosak/mampos/mati/kiok/atau watever fuck yang sama ertinye.

bermula dengan pembelian laptop yang berfungsi dengan baik kemudian d attack trojan horse dan kemudian elok kembali, dan selepas itu mati hingga kini tidak hidup2. ia di bawa ke emergency room tetapi ia tidak dapat die sembuhkan hanya melalui format sahaja. ia perlukan PEMBEDAHAN!!! dan doktor yang merawat tidak mahu mengambil risiko.
Warranty? hanya untuk hardware.
[p/s komponen2, cip2 tu kire hardware ke? pls tell me :'( ]

selepas itu pembelian sony ericson vivaz. walaupun ia jarang di sayangi oleh saya tapi kehadiran dia tetap memberi seribu erti kerana harganya yang fucking not reasonable. sebelum pembelian saya merasakan ia yang terbaik, tetapi selepas pembelian die adelah mother father (jka anda paham ape yang sy cube sampaikan)
kerosakan dia berlaku semasa saya sedang berada di dalam bangunan pusat membeli belah. di sebabkan terdesak untuk menggunakan telefon bimbit kerana terpisah dengan rakan-rakan di pusat membeli belah itu, maka saya menggunakan duit saya yang tinggal 30 pound itu untuk membeli handphone yang berharga 24pound. saya redha.

sekarang ini, telefon yang berharga 24 pound itu walaupun murah, tetap yang paling saya sayang kerana dia tak menjanjikan apa2 harapan tinggi terhadap fungsinya dan saya tidak pernah memaksa ia untuk berkerja keras demi kebahagiaan saya. saya lebih suka keserdehanaan yang dibawa henpon murah ini. tetapi, baru sebentar tadi, die juga pergi meninggalkan saya. dia tidak mahu di cas. di tolak semua arus makanan(elektrik) untuk sampai ke bodynyer. saya mencuba dari satu plug ke satu plug. tetap ia tak berfungsi. tetap ia diam kaku. ape puncanya kau lakukan ku sebegitu sayang? tau kah kau paling berjasa setakat ini? adakah kerana kau ternampak aku membuka www.apple.com/uk kau mula curiga dan membuat hal? adakah kerana aku tidak lagi menggunakan alarm mu, kau mula terasa hati dan membawa diri...jauh?

jika itu yang membuat kau mogok tak mahukan arus makanan itu, aku sanggup untuk tidak membuka mana-mana website handphone. aku sanggup menggunakan mu sepenuhnya sebagai handphone dan menggunakan ipod sebagai halwa telinga. tapi jika malam ini, kau buat hal jugak. maaf lah jack. ko blah la. aku malas nk jaga ko lagi. aku masuk kan ko dalam tong kitar semula je. ko pilih la mana satu ko nak. if ko rase bahagia wat aku menderita cam ni, aku pun bahagia biarkan ko cam tu.

akhir kata, lepaskan je ape2 or sape2 yang mahu dilepaskan.

im a glue now

Posted: November 13, 2010 by si blogger kerek in
2

membelek2 gambar2 rakan2 di fb dan terjumpa ini!

Shahriman Monteiro Ala dulu pun BZ gak tp weekend bole je datang rumah wani. 2 la. memang aku dah agak pas wani g jadi camni. Wani tu glue that stick us together


uhukk :( rindunnye dengan sume orang. n ofkos im hepi to be a anyone glue.

senyum

Posted: November 11, 2010 by si blogger kerek in
2

biar beribu cara belum tentu aku dapat bangkitkan senyum kamu
entah di mana hilang senyum kamu
entah bila akan muncul kembali

kamu perlu selalu tahu
aku tak perlukan senyum itu jika bukan itu yang kamu mahu
dan tak perlu aku jadikan senyum itu sebagai api dan tenggelamkan segala yang kita kongsi

aku mampu hidup tanpa senyum
dan bukan tanpa kamu
tak terbangkit rasa gelisah waktu bulan bersandar di langit malam
bila sentiasa tahu esok kamulah sinar