carut mengarut
Posted: September 27, 2008 by si blogger kerek insakit perut ku menahan ketawa
sakit di hati aku lepaskan pergi
sekuat mana aku tangis dalam hati
sekuat itu juga aku berdekah ketawa lagi
perginya insan itu
membuatkan aku sering susah hati
persoalan gampang dalam fikiran...
kembalikah dia lagi
bersambungkah cerita yang tergantung itu
aku bukan bulan
yang setia menunggu sehingga matahari muncul
aku ialah aku
perginya aku setelah lelah berselubung kesabaran
melangkah setelah reaksi carut kau tayangkan
berfikirlah!
engkau mungkin bagus
untuk mencari yang terbaik
tetapi yang terbaik
adakah mungkin sedar kewujudan kau
selayaknya kau dikejar bayang zionis
biar telanjang hatikau meminta di selamatkan
dan pada masa itu, tertiarap kau di depan aku
meminta aku memberi segenap pertolongan
mengapa aku?!
dan aku....
aku biarkan sahaja pekikan lolongmu
bukan aku kejam...tetapi kau terlalu bagus untuk di selamatkan aku yang hina
nyah kau dari hidup ini
walau secebis hati aku sering berbisik
kembalikah dia lagi