kaU bUkaN sAhaBaT
Posted: September 1, 2008 by si blogger kerek ingrAb diS fr0m yAsmiN.d0nn0 whEthEr shE gEt diS fr0m anY othEr rEs0rcEs o diS iS heR owN piEcE.
heran...
kerana satu rasa,
dia korbankan dirinya.
masa depannya.
keluarganya.
cita-citanya.
ada lelaki pernah bertanya,
kenapa satu makhluk mulia bernama wanita sanggup diperlakukan kayak gini.
aku mudahkan.
zalim oleh lelaki.
definisinya? tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
harus, kamu dalami maksud itu.
.
wanita itu.
dia gagal pertahankan maruahnya.
dan apa aku sebutkan awal tadi.
kerana apa dikatakan sayang.
dia rela.
gila.
.
apa bukankah tugas sang adam menjaga hawanya?
kamu tahu bukan,
satu kesilapan kamu bakal menghancurkan hidup perempuan.
selamanya.
tiada otakkah kamu?
mampu lagi ketawa, bercerita pada aku?
aku benci kamu, walau kamu sahabatku.
itu dulu. bukan lagi.
.
salahkan kaumku?
mungkin dia salah.
relakan kamu lakukan gitu.
tapi ada kamu fikir kenapa?
dia yang bodoh?
baik, aku berani kata.
kamu memang gila.
atau setan selayaknya.
.
tersentap aku maki kamu?
kalut kamu cari pegangan, akukah ini?
lantang, bukan lagi lembut?
kasar bicara aku, tak seperti selalu?
itu yang patut kamu terima.
aku bukan lagi sahabat kamu.