i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

zahirkan rasa carut hati

Posted: November 13, 2009 by si blogger kerek in
0

cerita hati memang tak akan ada kesudahan
biar panjang mana pun ayat yang bakal ku carutkan
belum tentu ketemu jawapan hidup

seberapa pantas mana saat membazir pergi
aku tetap juga terperosok dalam dunia aku sendiri

mahu tahu dunia aku?
dunia aku hanya di kelilingi bantal dan tilam
kemudian kaki aku pula berada d tandas
mulutku berada di dapur jika aku lapar
mata aku pula kemane?
pastinya di depan kaca tv sebagai halwa bagi hari itu

setiap hari ada sahaja yang ingin aku lakarkan pada satu kertas kosong yang putih
tapi tangan aku tak pandai mahu melukis
aku mahu menulis pula, tapi otak ku pula tak berfungsi memberi idea
harus bagaimana?
apa yang perlu aku buat untuk zahirkan rasa hati yang hari2 mahu diluahkan

jadi aku terus bersabar..
dan bersabar. harap harap tanganku dengan ajaibnya pandai melakar
dan otak ku akan tiba-tiba berfungsi melahirkan isi hati

dan buat masa sekarang aku akan terus bersabar...

0 masuk angin kuar asap: