saya ada kat tempat biasa
yang macam awak selalu nampak
weird
Posted: February 27, 2010 by si blogger kerek in
pakai baju kancinglah suasa
Posted: February 19, 2010 by si blogger kerek indan setiap pagi
aku seboleh-boleh mahu terus penjamkan mata
mahu lari dari dunia nyata
hanya kerana satu sebab
dan setiap pagi
bila aku terpaksa juga buka mata
dan mula sedar dan peka
dan setiap kali itu aku akan perasan
kancing belakang baju dalam aku terbuka
dan sememangnya....
aku cuba untuk menjerit
tapi aku tiada daya itu
aku mahu bercerita
tapi pada siapa?
mereka akan kata aku gila
mereka akan kata aku mencari perhatian
tapi percayalah, sememangnya
aku semakin kurus
dan semua baju aku semakin longgar
termasuk baju dalam
hehehehe. aku harap aku semakin kurus ni bukan sekejap. tapi lame2. weee weee
sabor weh sabor
Posted: February 16, 2010 by si blogger kerek indari tingkap bilik
ke pintu tandas
dari dapur
aku berlari-lari ke muka pintu
belum sampai lagi yang aku tunggu
dari subuh
dan sekarang usai sembahyang zuhur,
belum lagi dia tiba
sudah masuk seminggu
apa yang di fikirkan sampai sekarang tidak sampai lagi
aku yakin aku tak bersalah dalam apa-apa aspek kehidupan dia
tapi kenapa sehingga sekarang tak kunjung tiba?
aku lihat si jiran
dia seakan memahami apa yang aku rasa
senyum yang sentiasa di lapis kerisauan
yang mampu aku ucapkan
sabarlah. akan tiba juga lori sampah itu
jika tidak kunjung tiba juga untuk hari ini
aku akan tekad memaki majlis perbandaran.
geram ni geram! seminggu sampah tak amik2. berulat nanti!! tensi tensi
sumpah
Posted: February 14, 2010 by si blogger kerek insumpah
aku mampu untuk bergelak ketawa dengan kau tanpa henti
tapi aku kalah untuk diam kaku bila kau di depan aku
sumpah
aku boleh biarkan tangan kau dalam genggaman aku biar kita tak punya satu nahu
tapi aku sanggup berlari jauh dari sekadar melihat kau buat tak endah
sumpah
aku mampu kata segalanya, luah apa saja bila di depan dada kau
tapi aku tunduk kosong mahu ucap aku sayang kau
sumpah
aku sayang kau dan aku tak pernah bohong
tapi aku tak akan mampu bercakap tentang ini, jadi aku diamkan diri.
susu lemak manis
Posted: by si blogger kerek inkau sempurna bagai susu lemak manis
biar manis bagai nak gila
kau tetap jadi pilihan untuk semua minuman yang aku suka
tak akan sedikit pun akan aku ubah kejadian mu
aku akan biarkan kau begitu sampai akhir hayat aku
ewah mewah
Posted: February 9, 2010 by si blogger kerek inaku tahankan semua
biar bukan itu yang kau mahu
tapi memang itu yang aku nantikan
biar dulang yang sepatutnya kau tadahkan
tapi sayang bukan itu yang tercapai jangkauan
aku sedih bukan mengenang nasib kau
tapi sedih mengenang apa lagi lah lepas ni
nak aku rangkul
haram pula untuk aku sentuh
nak aku biar
tak sampai hati mendera perasaan
nak aku bermadah
takut kau perasan pula
jadi aku tahankan
bukan aku biar
aku akan terus perhati
sampai kau mampu berlari
menjadi kau yang dulu lagi
tapi please, ingat lah aku di sini
inspired by honda. muahahaha
Clumsy
Posted: February 8, 2010 by si blogger kerek inmudah untuk jadi doubleuani
Posted: February 6, 2010 by si blogger kerek inselalu orang cakap, senang betul nak jadi aku. well, memang senang. mari kita tinjau dari aspek :
gado tahon 09
Posted: February 2, 2010 by si blogger kerek inentah dari mana datangnya cahaya gembira
tapi kau marah aku
kau tinggikan suara pada aku
aku terdiam
angan aku yang kononnya kau akan bertanya khabar amatlah meleset
ah~~
teruk benar aku ni
sampai kau sendiri memaki hamun
sampai kau sendiri terjerit memarahi
dan aku
yang menunggu ketibaan keretapi
dengan perut yang lapar dari pagi
dengan wang tak cukup untuk sampai dapat gaji
hanya terdiam
aku tak punya sesiapa ketika itu
yang pastinya air mata yang menjadi teman
hanya air mata yang memahami aku
yang pandai untuk lepaskan derita aku
aku andaikan air mata akan surut setelah aku sampai ke destinasi
tapi air mata kali ini lebih setia dari yang sebelumnya
dan lebih setia dari ali sebagai kekasih
aku tak tau kenapa hampa kali ini seperti teruk
tapi aku masih mampu bertahan
walau acap kali aku pinta percepatkan ke alam satu lagi
biar tak cukup amalan
asal rasa amarah mama dapat aku kurangkan
biar tak cukup pahala
janji aku dapat lepas dari derita
sesak dada aku tanggung tangis yang tak ada tanda hendak henti
aku mahu cari ali...
aku mahu dia pujuk aku