i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

gado tahon 09

Posted: February 2, 2010 by si blogger kerek in
0

'Mama' tertancap di skrin handphone
entah dari mana datangnya cahaya gembira
terus saje menerobos laluan pintu hati aku

tapi kau marah aku
kau tinggikan suara pada aku
aku terdiam
angan aku yang kononnya kau akan bertanya khabar amatlah meleset

ah~~
teruk benar aku ni
sampai kau sendiri memaki hamun
sampai kau sendiri terjerit memarahi

dan aku
yang menunggu ketibaan keretapi
dengan perut yang lapar dari pagi
dengan wang tak cukup untuk sampai dapat gaji
hanya terdiam

aku tak punya sesiapa ketika itu
yang pastinya air mata yang menjadi teman
hanya air mata yang memahami aku
yang pandai untuk lepaskan derita aku

aku andaikan air mata akan surut setelah aku sampai ke destinasi
tapi air mata kali ini lebih setia dari yang sebelumnya
dan lebih setia dari ali sebagai kekasih

aku tak tau kenapa hampa kali ini seperti teruk
tapi aku masih mampu bertahan
walau acap kali aku pinta percepatkan ke alam satu lagi

biar tak cukup amalan
asal rasa amarah mama dapat aku kurangkan
biar tak cukup pahala
janji aku dapat lepas dari derita

sesak dada aku tanggung tangis yang tak ada tanda hendak henti
aku mahu cari ali...
aku mahu dia pujuk aku
kata semuanya untuk sekadar waktu
tak kan lama mama marah pada aku

tjumpe dalam draft lame. tarik 30/1/2009. da setaon da. aku ingat g mase ni, aku sedih gile. da la dok umah sorang2, kene marah lak tu. rase cam nak terjun lombong. last2 entah cam ne, muma tau aku nyer sedih. oh.. muma tau dari maksu. pastu pas 4 hari cam tu muma ajak g makan kat secret resipe. aku da cam tak nak pegi. sebab confirm kene marah lagi. sekali da sampai, aku buat cool. tetibe muma cakap aku ni one of d best thing that hppend to her. hambik ko, kat situ gak aku nanges. ha! gasak! memalukan. first time tu kat public. tapi at least bkn pasal boifren. jth standard i.

0 masuk angin kuar asap: