i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

surat terencat

Posted: March 16, 2010 by si blogger kerek in
2

hye,

terpostnya surat ini, adalah untuk menyatakan bahawa-sa nya saya opppss bukan saya, tapi hati saya telah berkenan terhadap awak. hati saya saja. saya tak mungkin berkenan pada awak. tapi jika awak berkenan pada saya, saya pun akan berkenan pada awak. sama seperti hukum prinsip akaun yang diberi nama kontra. tiada sapa yang rugi dan tiada sapa yang untung . awak mendapat yang aku mahu, saya terima dengan senyum lebar apa yang saya dapat.

maafkan saya jika post ini mengganggu hidup awak wahai - saya tak tau la nama awak. tapi saya- sori sekali lagi, kita mula semula. saya tak tau la nama awak, tapi hati saya ni berkenan betul dengan awak. molek sungguh perangai awak. saya seperti mahu mencakar dinding bila ketahui ada manusia yang saya idamkan itu betul-betul wujud. awak janganlah takut ya, saya tak makan orang. cuma bermain-main bahasa indah juga. tiada pa jika awak tak mahu berkenan sama saya, itu belakang punya cerita. 

baiklah, sebenarnya saya tahu sapa nama awak, awak tinggal di mana dan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan awak. bukan! saya bukan mengintip. saya cuma mahu membiasakan diri, mana tahu satu hari nanti awak berkenan pada saya dan mahu saya jadi awek. apa macam? saya tak perlulah terkial-kial mengingati perkara penting pasal awak. genius kan.

sebenarnya, saya tak kisah pun jika awak tak mahu tahu pasal hati saya, atau mahu berkenan pada saya atau tidak. saya hanya mahu awak layan saya seperti kawan awak. saya jealous tau. saya jealous sebab saya teringin dengar suara awak dan menjawab semua soalan awak. saya akan berusaha kuat-kuat sehingga awak rasa saya best.

saya mahu berhenti menulis. saya tak boleh kata saya mahu undurkan diri, sebab jika saya undur pun belum tentu awak nampak dan kemungkinan saya seperti terencat akal mahu undur secara tiba-tiba. jadi saya tulis 'bye bye'. 

tamat

yang betul,
utada hirimaru kopika chan


slalunyer kat dalam manga, mesti pompuan yang luah isi hati kat laki. betul ke? tp dalam crite drama jepun ,tak plak cam tu. aku rase mesti sebab sume kartunis kat jpun tu bnyak lelaki n dorang memang suke berangan konon2 pompuan yang dok tekejor-kejor kat lelaki. luah isi hati. tapi if tu memang betul2 jadi, cam cun gak. rasa cam ade kuase veto yang leh wat aku kejar mane2 lelaki yang aku suka. wat is d worst thing cud happen? selain kene reject? tak ade ape pun kan. 

2 masuk angin kuar asap:

  1. Anonymous says:

    heh.
    dah bagi tahu dia belum?

  1. hell no.
    diem diem sudeh. hoho