i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

Carut : Kiamat

Posted: May 8, 2010 by si blogger kerek in
2

perjalanan ke dapur yang di sangka bakal memakan masa 24 saat tidak dirasakan sama sekali. secara tiba sahaja dia sudah tersedar tangannya menyeluk air sabun dan membasuh pinggan. tapi mata pandang ke dunia luar, nampak redup, nampak hijau, nampak cantik. hatinya merayu untuk bergelumang dengan udara yang seakan menjanjikan sapaan manja di pipi dan di setiap helaian rambut. tapi janji manis tidak cukup untuk meyakinkan kakinya bergerak mencari daun pintu sekaligus menyarung selipar sebagai permulaan gomolan bersama dunia cantik.


mulut yang terkunci tak semestinya mengunci setiap sel otaknya untuk berfikir. teringat kata diba tentang kiamat, tentang hidup dan kahwin, tentang kehidupan yang lebih baik. dia terasa seperti tahi lembu yang telah lama dia pijak dulu baru kini naik baunya. sudah lama dia hidup di dunia, baru hari ni teringat maha Esa. bukan baru teringat Dia tapi teringat apa yang memang dijanjikan bakal berlaku satu hari nanti - Kiamat.

dia keluar menghiburkan hati. agar gundah gulana tentang Kiamat yang bakal memberi salam yang menakutkan itu bakal segera hilang. dia mula terfikir untuk mencari sesuatu yang mampu melalaikan otaknya dari berfikir tentang Kiamat. tentang ketakutan dan tentang semua yang telah tercerita di dalam Al-Quran. 

dia berfikir untuk menindik lidah untuk hilangkan rasa susah dalam hati. sudah jejak kakinya ke dalam pusat segala keperluan. hanya beberapa langkah untuk merealisasikan apa yang terbit di fikiran. mungkin dengan menindik lidah semua yang di fikir bakal pergi. walau dia tau bukan untuk selamanya. 

dan selepas 3 jam, dia kembali ke kereta dengan lidah yang kosong. cukuplah dosa yang terkandung. 

2 masuk angin kuar asap:

  1. Kas Hariz says:

    sama2 lah kita usaha utk menghadapi hari itu..cukuplah noda jgn ditambah apa yang ada..

  1. iye.moh ler kite mnuju jalan yg satu itu