aku tak sombong
aku cuma berat mulut
aku cuma segan
aku cuma rasa kita tak setaraf
jadinya aku diam
aku pura pura sibuk
aku pura pura tak amik tahu
aku pura pura tak amik kisah
tapi aku sebenarnya lihat dan dengar dari jauh
aku tak kisah orang mengumpat
aku tak kisah orang berperasangka
aku tak kisah orang membuta tuli mengata dengan imaginasi
aku tau aku tak sempurna di semua mata
aku tak penat sendiri
aku tak pernah sendiri
aku tak takut bersendiri
sebab aku tau tuhan sayang dengan aku
sebab itu wujud kawan-kawan [dan kadang2 skandal teeheee :D ]
aku try tuk bercakap ngan orang2. tapi aku tak tau ar nape ar aku cam tak de skill tuk becakap dengan relax, becakap dgn normal, becakap tanpa ade rasa awkward. arghhh.... bila la lack of confident, pemalu, penyegan ni nak hilang. hadoi!
i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry
2 masuk angin kuar asap:
-
oh AJ so nice ur writing, tp.. takmoh cuba. realiti tu menyakitkan. awkward itu mencurigakan. berdiam n buat tak tau solution yang di gune pakai sejak zaman azali.
tunggulah aku jumpe confident, aku akan berkonfrantasi secara real. bukan sembunyi2
Dari jauh, aku tau, ada mata yang memandang.
Memandang dengan penuh sayup-sayup risau dan kerisauan jiwa
Bila kau toleh, baying itu hilang.
Memang hilang.
Cuma debar gelora jiwanya masih berjejak
Dan aku dapat rasakan itu.
Cuma satu
Wahai si pemerhati
Sekali-sekali tunjukkan kelibat mu
Semoga mimpi aku ada jisim2yang boleh jadi paksi
dan bukan semata-semata aku yang berkias hati dalam rasa aku sendiri
Sekali-sekali,
Kuatkan hati kamu, dan selangkah rapat pada aku
Bisikan kata-kata itu; biarpun tak bergema di gegendang telingaku, tapi masih jelas di tafsir desir angin yang lalu
dan sekurang-kurangnya aku tau, apa yang engkau mahu aku tahu; itu.
Fotnote:
Anggap ini apa ‘budak’ tu fikir. Jadi, sekali sekala jadi kamu yang berani. Oh, tidak. Tentu saja tidak aku mahu kamu jadi orang lain, sebab itu bukan cara kita hidup. Aku Cuma mahu kamu sedar; kamu itu serikandi berkuda yang berani; Cuma kamu sendiri yang belum sedar akan hal ini. Tak percaya? Cubalah.