Teruslah berlari wahai kaki
Jangan berhenti
Jangan perlahan
Teruskan selagi kau tidak nampak garisan kebahagiaan
Jangan mengeluh sekarang wahai kaki
Jangan bazirkan masa untuk mengeluh
Jangan buang tenaga untuk mengeluh
Bila jumpa bahagia itu, kau boleh berehat selama mana kau suka
Tapi sekarang, teruskan berlari
Jangan berdecit kerana berpeluh sakan
Buat masa sekarang, teruskan berlari
Jangan peduli hal yang nampak curang warna bahagianya
Kuatkan semangat wahai kaki
Akan kita tiba juga di garisan kebahagiaan
Mungkin bukan hari ini,
Tapi aku pasti kita semakin hampir
Jangan risau tentang aku wahai kaki
Aku kuat selagi kau ada temani aku berlari
cewahhh.. esok2 nak tulis pasal perut pulak. hahaha
teruhkan langkah
teruskan berlari
jangan toleh ke belakang
kebahagiaan sedang
menanti kau di depan.