saya ada kat tempat biasa
yang macam awak selalu nampak
weird
Posted: February 27, 2010 by si blogger kerek in
pakai baju kancinglah suasa
Posted: February 19, 2010 by si blogger kerek indan setiap pagi
aku seboleh-boleh mahu terus penjamkan mata
mahu lari dari dunia nyata
hanya kerana satu sebab
dan setiap pagi
bila aku terpaksa juga buka mata
dan mula sedar dan peka
dan setiap kali itu aku akan perasan
kancing belakang baju dalam aku terbuka
dan sememangnya....
aku cuba untuk menjerit
tapi aku tiada daya itu
aku mahu bercerita
tapi pada siapa?
mereka akan kata aku gila
mereka akan kata aku mencari perhatian
tapi percayalah, sememangnya
aku semakin kurus
dan semua baju aku semakin longgar
termasuk baju dalam
hehehehe. aku harap aku semakin kurus ni bukan sekejap. tapi lame2. weee weee
sabor weh sabor
Posted: February 16, 2010 by si blogger kerek indari tingkap bilik
ke pintu tandas
dari dapur
aku berlari-lari ke muka pintu
belum sampai lagi yang aku tunggu
dari subuh
dan sekarang usai sembahyang zuhur,
belum lagi dia tiba
sudah masuk seminggu
apa yang di fikirkan sampai sekarang tidak sampai lagi
aku yakin aku tak bersalah dalam apa-apa aspek kehidupan dia
tapi kenapa sehingga sekarang tak kunjung tiba?
aku lihat si jiran
dia seakan memahami apa yang aku rasa
senyum yang sentiasa di lapis kerisauan
yang mampu aku ucapkan
sabarlah. akan tiba juga lori sampah itu
jika tidak kunjung tiba juga untuk hari ini
aku akan tekad memaki majlis perbandaran.
geram ni geram! seminggu sampah tak amik2. berulat nanti!! tensi tensi
sumpah
Posted: February 14, 2010 by si blogger kerek insumpah
aku mampu untuk bergelak ketawa dengan kau tanpa henti
tapi aku kalah untuk diam kaku bila kau di depan aku
sumpah
aku boleh biarkan tangan kau dalam genggaman aku biar kita tak punya satu nahu
tapi aku sanggup berlari jauh dari sekadar melihat kau buat tak endah
sumpah
aku mampu kata segalanya, luah apa saja bila di depan dada kau
tapi aku tunduk kosong mahu ucap aku sayang kau
sumpah
aku sayang kau dan aku tak pernah bohong
tapi aku tak akan mampu bercakap tentang ini, jadi aku diamkan diri.
susu lemak manis
Posted: by si blogger kerek inkau sempurna bagai susu lemak manis
biar manis bagai nak gila
kau tetap jadi pilihan untuk semua minuman yang aku suka
tak akan sedikit pun akan aku ubah kejadian mu
aku akan biarkan kau begitu sampai akhir hayat aku
ewah mewah
Posted: February 9, 2010 by si blogger kerek inaku tahankan semua
biar bukan itu yang kau mahu
tapi memang itu yang aku nantikan
biar dulang yang sepatutnya kau tadahkan
tapi sayang bukan itu yang tercapai jangkauan
aku sedih bukan mengenang nasib kau
tapi sedih mengenang apa lagi lah lepas ni
nak aku rangkul
haram pula untuk aku sentuh
nak aku biar
tak sampai hati mendera perasaan
nak aku bermadah
takut kau perasan pula
jadi aku tahankan
bukan aku biar
aku akan terus perhati
sampai kau mampu berlari
menjadi kau yang dulu lagi
tapi please, ingat lah aku di sini
inspired by honda. muahahaha
Clumsy
Posted: February 8, 2010 by si blogger kerek inmudah untuk jadi doubleuani
Posted: February 6, 2010 by si blogger kerek inselalu orang cakap, senang betul nak jadi aku. well, memang senang. mari kita tinjau dari aspek :
gado tahon 09
Posted: February 2, 2010 by si blogger kerek inentah dari mana datangnya cahaya gembira
tapi kau marah aku
kau tinggikan suara pada aku
aku terdiam
angan aku yang kononnya kau akan bertanya khabar amatlah meleset
ah~~
teruk benar aku ni
sampai kau sendiri memaki hamun
sampai kau sendiri terjerit memarahi
dan aku
yang menunggu ketibaan keretapi
dengan perut yang lapar dari pagi
dengan wang tak cukup untuk sampai dapat gaji
hanya terdiam
aku tak punya sesiapa ketika itu
yang pastinya air mata yang menjadi teman
hanya air mata yang memahami aku
yang pandai untuk lepaskan derita aku
aku andaikan air mata akan surut setelah aku sampai ke destinasi
tapi air mata kali ini lebih setia dari yang sebelumnya
dan lebih setia dari ali sebagai kekasih
aku tak tau kenapa hampa kali ini seperti teruk
tapi aku masih mampu bertahan
walau acap kali aku pinta percepatkan ke alam satu lagi
biar tak cukup amalan
asal rasa amarah mama dapat aku kurangkan
biar tak cukup pahala
janji aku dapat lepas dari derita
sesak dada aku tanggung tangis yang tak ada tanda hendak henti
aku mahu cari ali...
aku mahu dia pujuk aku
rambang mata
Posted: January 29, 2010 by si blogger kerek inye aku suke
Posted: January 28, 2010 by si blogger kerek inmaaplah mr.bayam
bukan suka suki nak rasa cam ni
tapi die terdatang sendiri
aku melayankan aje bersama jari hantu tegak berdiri!
bukan aku malu nak mengaku aku suka kau lagi
tapi aku ingat semua ni bakal mati satu hari nanti
tapi!
datang lagi bau-bau popcorn ala-ala dating first time dalam wayang
eish bodo la rasa ni.
tapi aku suka lagi la dengan kau ni
jadi marilah kite berstatuskan 'it's complicated with Mr. Bayam' di eF Bi
ya! dan mungkin muma akan menjerit
dan angah akan menjerit
oh lupe. die sudah pun menjerit bersama sulaman maki.
sori ye
bukan sengaje mencipta kemarahan kau yang kata aku tak sedar diri
tapi aku sendiri pening dengan semua orang
yang kaum kerabat cakap itu
yang para sahabat cakap ini
hai la, yang patah tumbuh hilang beganti. tapi ni yang patah becantum balik, ape kes?! tak sempat nak enjoy lelama sebagai single. pergh, haramm ayat!
baby daddy n mommy
Posted: January 22, 2010 by si blogger kerek insi 24 ni menyebok lah!!
Posted: January 17, 2010 by si blogger kerek inhey kau si 86
dah jauh kau berjalan dan berlari.
sedih betul tinggalkan si 23 di belakang
yang si 24 ini kau buat tak endah
hey kau si 86
hidup kau sekarang bermakna apa?
diploma saja yang kau genggam waktu bersama si 20
kemudian dengan 21 dan 22 kau bersuka ria.
yang si 24 depan mata sekarang terus buat kau jadi batu.
si 23 tu tak hebat manalah
si 23 tu penuh dengan liku dan otak pulak penuh dengan kupas-kupas bawang yang cuba merungkai makna keliru
si 22 tu tak mungkin datang lagi
biar je lah si 22 itu berlalu. tak perlu kecoh-kecoh yang kau pernah menjadi si 22
si 21 tu dah jauh sangat
jadi tak mungkin banyak yang kau ingat lagi. mase itu kau dengan gaji pertama bersorak bagai mandi dengan air panas. itu bukan bersoraklah! itu sakit!
dan si 24 ialah yang perlu kau hadap
sila ingat kau tahun ni berkahwin, bernikah dan sehidup semati dengan si 24 tahun ni.
aku dapat bau yang ia tak sebosan seperti bakal si 56. jadi hidup dengan si 24 itu elok-elok ye
si 24 tu baik adanya. tak mungkin merubah yang telah terjadi. tapi mampu memberi harapan yang sememangnya belum pasti. tetapi jangan risau, kerana angan-angan itu sentiasa free!
oh.. it juz a number? ya rite?! number yang mengekor dari awal hidup. sigh~~ tak pe. chillax. bukan masalah besar pun kan. even cam banyak je 24 tu, tapi aku tak cam 24 kan. bak kate kawan ita, aku cam umo 17 thn. bak kate salesmen, aku macam baru masuk college. macam si kazap cakap, aku macam 20. ok, oleh itu aku tak peduli dengan 24 itu selagi aku tak ada kat mesia. da sampai sane nanti baru aku pikir ape aku nak wat ngan aku yang 24 ni.
