satu alam sama kau
Posted: March 21, 2010 by si blogger kerek inentah kali keberapa dalam hari ni
minggu ni, bulan ni
yang pastinya berkali-kali
aku asyik teringat kau
aku bukan tak mahu hulurkan doa
tapi aku tak mahu sedarkan diri yang kau memang telah tiada.
aku tau aku dayus berfikiran begitu
dayus pada diri sendiri. kejam pada diri sendiri
dengan meletakkan realiti di luar dari tempatnya. dan di gantikan dengan imaginasi yang kau masih ada.
sepanjang mana doa aku tadahkan
semakin aku takut kau hilang dalam ingatan
semakin aku takut realiti yang bergelimpangan
realiti tak pernah menyenangkan
realiti selalu menduka citakan
berita kematian kau contohnya
tiga tahun telah hampir
membuktikan kau memang tak akan bangun dari tanah kubur
tapi entah bila aku mahu percaya kau memang tiada
maafkan aku
ampuni aku
aku tak sekuat yang dulu bila kau berlalu tinggalkan aku
hati aku sayu, hati aku sendu, hati aku pilu
selalu kau yang ingatkan aku
kau yang kuatkan aku
aku bayangkan kau dengan aku bila aku tua nanti
tapi bila kau pergi
aku tak punya harapan.
aku tak nampak masa depan
sebab yang aku mahu hanya satu
mati
tinggalkan duniawi
biar amalan aku dipersoalkan
aku tau aku mampu tenang bila aku berada di satu alam
satu alam sama kau.
aku rasa kesunyian kamu
akurasa kesedihan kamu
jgn terus kalah
aku tahu rasa sakit itu
harus terus belajar dan belajar menerima keadaan
Tuhan sentiasa ade..
dengan kamu