i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

satu alam sama kau

Posted: March 21, 2010 by si blogger kerek in
4

entah kali keberapa dalam hari ni
minggu ni, bulan ni
yang pastinya berkali-kali
aku asyik teringat kau

aku bukan tak mahu hulurkan doa
tapi aku tak mahu sedarkan diri yang kau memang telah tiada.
aku tau aku dayus berfikiran begitu
dayus pada diri sendiri. kejam pada diri sendiri
dengan meletakkan realiti di luar dari tempatnya. dan di gantikan dengan imaginasi yang kau masih ada.

sepanjang mana doa aku tadahkan
semakin aku takut kau hilang dalam ingatan
semakin aku takut realiti yang bergelimpangan
realiti tak pernah menyenangkan
realiti selalu menduka citakan
berita kematian kau contohnya

tiga tahun telah hampir
membuktikan kau memang tak akan bangun dari tanah kubur
tapi entah bila aku mahu percaya kau memang tiada
maafkan aku
ampuni aku
aku tak sekuat yang dulu bila kau berlalu tinggalkan aku
hati aku sayu, hati aku sendu, hati aku pilu
selalu kau yang ingatkan aku
kau yang kuatkan aku
aku bayangkan kau dengan aku bila aku tua nanti
tapi bila kau pergi
aku tak punya harapan.
aku tak nampak masa depan
sebab yang aku mahu hanya satu
mati
tinggalkan duniawi
biar amalan aku dipersoalkan
aku tau aku mampu tenang bila aku berada di satu alam
satu alam sama kau.

4 masuk angin kuar asap:

  1. aku rasa kesunyian kamu
    akurasa kesedihan kamu
    jgn terus kalah
    aku tahu rasa sakit itu

    harus terus belajar dan belajar menerima keadaan
    Tuhan sentiasa ade..
    dengan kamu

  1. tuhan memang ada. itu pasti
    rasa hilang tetap ada. itu juga pasti

  1. LUMUT says:

    hati aku sebak lepas baca entry ni.
    rasa nak nangis pon ade..
    berperasaan tulisan kau ni.
    betul2 jujur dan dari hati..

    aku suke.

  1. selipar besi, ko pny entri pun sedih2 aku bc tadi. buat la hati besi. leh sedekah satu kat aku gak. hehe