air mata itu...?
Posted: December 18, 2009 by si blogger kerek in
0
diam dia di sudut itu.
memeluk lutut
membenam kepala
dia beristigfar
die berselawat
moga lelaki itu tidak menolak pintu bilik
biar mulut terkumat-kamit
telinga tetap dia pasang
untuk dengar derap kaki lelaki itu
dia menangis di dalam hati
dia gerun untuk lari
dia takut untuk mengadu
dan akhirnya dia sendiri tersandar di dinding itu
di sudut lain pula
dia terlihat adiknya
juga memeluk lutut
pantas sahaja air mata di raih
air mata itu bukan murah
tapi itu sahaja peneman dan ubat yang tinggal
air mata oh air mata
kau tak akan tinggalkan mereka kan?
temani mereka sehingga mereka jumpa semangat yang hilang itu
kunjungi mereka bila masa perasaan mereka di belasah teruk
sepertinya telaga zam-zam
kau juga tak akan kering wahai air mata
aku tau sebab aku pun punya air mata..