i always try to write something. but somehow it happened to be a disaster entry

inferno itu datang lagi

Posted: December 30, 2009 by si blogger kerek in
0

penghargaan itu emangnya suatu yang berharga pada setiap mereka yang melakukan sesuatu atau mengorbankan sesuatu demi seseorang. dan bagi aku penghargaan itu memang sesuatu yang cukup indah untuk menggambarkan perasaan takjub walau dengan kata terima kasih cuma.


setiap orang lain budi pekerti mahupun sikapnya. aku tak sama dengan kau. aku tak sama dengan awak juga. anda juga tak sama seperti aku. semakin dekat mana-mana mahluk tuhan itu dengan aku, semakin sukar untuk aku terbitkan terima kasih itu. aku bukan tak mencuba, tapi kerongkong aku rasa kelat dan pahit, lantas aku berdiam saja. aku sangat berterima kasih pada yang baik sama aku, yang beri suma-suma yang ada untuk aku, yang beri ganjaran pada sesuatu yang memang wajib aku laksanakan tapi dengan separuh hati. sejuta kali mahu aku ucap terima kasih malah mahu peluk bagai suma ada.

janganlah bawak diri untuk merajuk dengan aku, aku memang bersyukur tapi terima kasih itu yang tak mahu lekatkan diri pada bibir aku. paling cepat aku ucap pun 'thanks' tapi aku tak akan pandang muka orang itu. penyakit apa ni? segan? tak sedar di untung? riak? takbur? emosi?

ya, mungkin kerana selama ini aku hidup silam aku yang bersuluhkan ketakutan dan bertingkapkan jendela hitam.di dalam dunia gelap. apa yang aku lakukan ada saja salahnya, apa yang aku lakukan ada saja yang tak berpuas hati. ucapan terima kasih itu memang tidak pernah singgah di cuping telinga. mungkin itu yang jadikan aku keras dan bebal begini. tapi aku ucap alhamdulillah. kerana sumanya datang dari dia dan mahluk-mahlukNYA adalah perantaraan.

seorang kawan yang kenal aku baru beberapa bulan waktu di sekolah dulu semasa aku di tingkatan lima seperti tau apa terjadi di sebalik otak riang aku.

'aku tau kau macam ni sebab dunia lama kau. dan baru sekarang baru kau dapat nikmati hidup'

entah pengimbas jenis apa yang di ada di mata mahupun otaknya. tapi katanya memang semuanya betul. dan setelah setahun (ataupun lebih) rupanya dia dan aku berkongsi dunia gelap yang sama (lebih kurang sama). dan kami duduk di tangga kolej dan menangis (kami juga masuk di kolej yang sama).

inferno hati ini akan terus-menerus tanpa henti. memang aku selalu berharap aku di langgar kereta atau terhentak mana-mana biar aku lupa siapa diri aku. aku selalu berjalan lambat-lambat di bahu jalan. aku tau memang haram untuk mencipta kematian sendiri. tapi...entahlah. aku hanya mahu beri satu lagi peluang untuk kembali ke dunia hitam itu dan aku akan pertahankan diri aku sehabis daya. aku akan lawan dengan si raksaksa itu sekuat mungkin. aku sanggup jadi pembunuh di kala itu untuk pertahankan ape yang aku tewas sekarang ni.

aku benci semuanya..



0 masuk angin kuar asap: